☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Jun 2025

Misi Mempertahankan Kejuaraan Di Dua Medan Berbeza Oleh Dua Pelumba Muda Malaysia

Minggu ini kita bakal menyaksikan dua pelumba muda negara iaitu Hakim Danish dan Qabil Irfan untuk mempertahankan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan di Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Espana Superbike Championship (ESBK).

Red Bull MotoGP Rookies Cup -  Pusingan 4, Mugello, Itali
Pada pusingan ketiga perlumbaan dua di Aragon, Hakim Danish telah mengharumkan nama negara selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup. 

Dengan kemenangan itu sekaligus menempatkan beliau di tangga pertama keseluruhan dengan kelebihan 30 mata di antara pencabar terdekatnya iaitu Brian Uriarte.

Dalam pusingan keempat Red Bull MotoGP Rookies Cup akan berlangsung di litar Autodromo del Mugello yang pasti lebih mencabar. Litar ini sepanjang 5.25 kilometer dengan 9 selekoh kanan, 6 kiri dan laluan lurus 1.141 kilometer. Sudah pasti litar ini bakal memberi kelebihan buat para pelumba lain untuk bersaing dengan lebih rapat. Ini merupakan misi yang sangat penting buat Hakim Danish bagi mempertahankan kedudukan semasa dia.

Espana Superbike Championship (ESBK) - Pusingan 2, Barcelona-Catalunya
Dalam minggu yang sama, Qabil Irfan juga membawa misi penting dalam pusingan ke-2 ESBK di Circuit de Barcelona-Catalunya di mana litar ini sepanjang 4.657 kilometer dengan 8 selekoh kanan, 6 kiri manakala laluan lurus 1.047 kilometer. Litar ini juga merupakan kenangan manis buat Qabil selepas memenangi perlumbaan ESBK kategori Moto4 pada tahun 2024.

Qabil Irfan yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly telah melakukan sesi latihan persendirian pada minggu lalu di Circuit de Aragon sebagai persiapan untuk pusingan minggu ini. Sehingga kini, Qabil mendahului tangga teratas keseluruhan dengan perbezaan 10 mata di antara pelumba dari Sepanyol, Izan Rodriquez. 

Untuk menonton perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup secara langsung boleh didapati di Red bull TV dan saluran Facebook rasmi Red Bull MotoGP Rookies Cup pada hari Sabtu untuk perlumbaan 1 manakala Ahad bagi perlumbaan dua. Manakala perlumbaan ESBK pula boleh ditonton secara langsung di saluran Youtube rasmi RFME pada hari Ahad. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).