☰
Isu Terkini

Oktober 2024

31 Disember 2023

5 Tip untuk Menunggang di dalam Hujan Lebat

Musim hujan sudah kembali (bulan Disember), tetapi cuaca di Malaysia ini boleh hujan pada bila-bila masa walaupun cuaca agak panas 10 minit yang lepas. Jadi kita wajib belajar cara yang betul untuk menunggang motosikal di dalam hujan dan di atas jalan raya yang basah.

Sudah berulang kali diingatkatkan tetapi kami faham yang hujan yang terlalu lebat akan membuatkan kita tidak nampak jalan dan kita terpaksa memcari tempat berteduh yang terdekat. Jadi, tinggalkanlah motosikal anda dan tunggu hujan reda di belakang pengadang jalan.

Jika pengguna jalan yang lain seperti tidak dapat nampak kita ketika cuaca baik, apatah lagi bila hujan lebat? Pakailah set peralatan kalis air warna kuning atay oren yang terang. Sekurang-kurangnya sarungkan vest kuning.

Perlahankanlah motosikal apabila hujan dan jalan basah kerana kita memerlukan jarak yang lebih jauh untuk berhenti tanpa mengunci tayar. Fungsi ABS sebenarnya bukan untuk berhenti di dalam jarak yang lebih dekat juga, itu bukan fungsinya yang utama!

Tetapi, jangan terlalu perlahan kerana tayar memerlukan kelajuan untuk mengalirkan air. Kelajuan yang terlalu rendah membuatkan tayar tidak dapat "memotong" air.

Cengkaman tayar akan berkurangan apabila jalan basah, lebih-lebih lagi apabila terdapat kelopak air. Tunggangan yang lancar memberikan peluang untuk tayar anda mengadaptasi diri kepada beban yang dikenakan, contohnya daripada tegak kepada keadaan memereng, ataupun daripada keadaan bergerak kepada keadaan membrek untuk selekoh. Juga, tariklah brek dengan cara lancar dan jangan mencengkamnya dengan mendadak.

Apabila kita keraskan badan di atas motosikal, ia tidak dapat membuat apa yang perlu. Percaya atau tidak, sebuah motosikal yang gelinciran sedang mencari kedudukan yang lebih stabil. Jadi ia tidak dapat berbuat demikian jika kita keraskan badan dan melawan gerakannya.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.