ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!
Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Ini merupakan batch pertama ZXMOTO 500RR untuk pasaran Malaysia, dan penghantaran unit akan dilakukan secara berperingkat kepada rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara. Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan, anda kini boleh menghubungi pengedar sah Mforce untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status tempahan, ketibaan unit serta urusan penyerahan motosikal masing-masing.

Dalam perkembangan yang sama, Mforce Bike Holdings turut mengesahkan bahawa batch pertama bagi dua lagi model ZXMOTO, iaitu 500F dan 820RR, dijangka akan mula berada di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Oktober ini. Ketibaan ketiga-tiga model ini menandakan satu lagi perkembangan penting buat ZXMOTO di Malaysia selepas menerima sambutan dan minat yang sangat menggalakkan sejak jenama ini diperkenalkan.

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan dan sabar menantikan ketibaan motosikal mereka. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada ZXMOTO dan Mforce.
Kini masanya semakin hampir untuk pemilik pertama ZXMOTO menikmati sendiri motosikal mereka di jalan raya Malaysia. RR
Popular




