☰
Isu Terkini

Oktober 2024

17 Mei 2024

Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

KUALA PILAH - Seorang penyelia syarikat penghantaran maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar beberapa ekor babi hutan yang bergelimpangan mati di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul di sini awal pagi Jumaat.

Kemalangan berlaku sekitar jam 6.35 pagi itu ketika mangsa, Afmarzairy Bakhtiar Apandi sedang menunggang motosikal jenis Honda ADV 160 dalam perjalanan ke tempat kerja di Bahau dari Senawang.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Asisten Superintenden Norazuan Said berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlanggar beberapa ekor babi yang telah mati di tengah jalan akibat dilanggar oleh kenderaan lain terlebih dahulu sebelum itu. Berikutan daripada pertembungan itu, motosikal yang ditunggangi mangsa telah hilang kawalan dan terbabas.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayatnya telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, sepupu Allahyarham, Azru Zarizie A Zaharin,42 berkata, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang peramah dan baik.

"Arwah sudah lama bekerja di Bahau dan saya dimaklumkan oleh ibu saudara yang arwah berhasrat untuk menggantikan atap rumah pusaka di kampung dekat Rembau, malah arwah sempat menyerahkan wang deposit untuk tujuan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik HTAN pada Jumaat.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mampong,Rembau pada petang ini.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).