☰
Isu Terkini

Oktober 2024

10 Oktober 2024

Pemandu Wanita Merempuh Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

KUALA TERENGGANU - Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun pada Rabu.

kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.

Katanya, mangsa yang maut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun (Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan), Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Muar Johor.

Beliau memberitahu, dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20 dari Ampang, Selangor.

kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun menghala ke Pantai Teluk Gadung.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

"Seorang mangsa yang parah iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut Rukiman, suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. RR

sumber: http://sinarharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).