☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 September 2026

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ride to Reach untuk membersihkan kawasan pantai selain mendekati dan berbakti kepada komuniti setempat.

Dengan moto “We Care. We Serve. We Reach.”, para peserta mengetepikan seketika rutin kerja mereka dan menyarungkan sarung tangan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong. Sampah yang dikutip kemudiannya dikumpulkan serta diasingkan sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebersihan pesisir pantai Pulau Pinang.

Aktiviti bermula dengan acara pelepasan konvoi dari ibu pejabat Boon Siew Honda di Batu Kawan sebelum peserta bergerak menuju ke Pantai Kuala Muda. Pemilihan lokasi itu bukan dibuat secara kebetulan kerana kawasan berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan komuniti nelayan dan peniaga makanan tempatan.

Sebaik sahaja tiba dilokasi, para peserta bekerjasama membersihkan kawasan pantai sambil berinteraksi dengan penduduk setempat. Kehadiran puluhan motosikal Honda serta aktiviti sukarelawan turut menarik perhatian keluarga dan komuniti nelayan yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara warga Honda dengan masyarakat. Senyuman, perbualan dan perkongsian pengalaman sepanjang program membuktikan bahawa dunia permotoran bukan semata-mata mengenai perjalanan dan jentera tetapi turut mampu menjadi penghubung antara manusia dan komuniti.

Program Ride to Reach yang dilancarkan pada Mei 2025 sebelum ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuklah program pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah serta bantuan pascabanjir dan khidmat penyelenggaraan motosikal kepada komuniti terjejas di Perak.

“Falsafah Honda bukan sekadar sesuatu yang saya gunakan dalam pekerjaan, tetapi sesuatu yang saya pegang dalam kehidupan. Ia mengingatkan kita supaya menghormati manusia, berkhidmat kepada komuniti dan mencipta kegembiraan. Hari ini, kami menerapkan falsafah itu melalui tindakan. Apabila kita bergerak bersama dengan satu tujuan, kita bukan sahaja dapat meninggalkan persekitaran yang lebih bersih dan hijau, malah mampu membawa sedikit kegembiraan kepada masyarakat yang ditemui,” kata Ketua Pegawai Pentadbiran Boon Siew Honda & Pengerusi Ride to Reach, En. Rosidan bin Haron.

Acara kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama serta jamuan yang dinikmati oleh para sukarelawan dan anggota komuniti setempat. Honda Ride to Reach merupakan satu perjalanan yang akan diteruskan bagi memperluaskan usaha mendekati masyarakat, memberikan khidmat serta memupuk keprihatinan terhadap alam sekitar. Setiap perjalanan bukan sekadar mengenai destinasi tetapi membuka peluang untuk berkongsi kegembiraan dan memberikan manfaat kepada komuniti. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited."

Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.