☰
Isu Terkini

Oktober 2024

6 November 2024

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco, pengeluar skuter antara yang terbesar dunia telah memperkenalkan edisi sulung skuter pengembaraan maksi di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024.

Kymco memperkenalkan skuter tersebut dengan 'nama' CV-R5 dan memiliki penampilan tersendiri menerusi rekabentuk geometri menarik dan sudut-sudut yang unik.

Melihat kepada tubuh badannya yang lain daripada yang lain bagaikan memberitahu kita bahawa 'Masa Depan' itu telah pun tiba.

CV-R5 ini didtangkan dengan enjin silinder tunggal, 427cc yang mampu menjana kuasa setinggi 34.4hp dan tork 40Nm. Dengan adanya sistem Ride-by-Wire yang memberikan beberapa jenis pemetaan enjin.

Lampu utama (LED) direka amat berbeza dengan model-model lain. Bahagian enjiin ditutup dengan kemas hampir di seluruh bahagian menjadikannya tampak lebih kemas. Sisi kanan CV-R5 ini dipadankan dengan sistem ekzos sporty 'besar' yang gagah dan pastinya menawarkan bunyi yang cukup garang.

Elemen tersendiri yang lain termasuk bar hendal yang tinggi dan telah direka saluran udara di bahagian tengah yang menyalurkan udara hingga ke posisi tempat duduk.

Ciri-ciri CV-R5 termasuk Kunci PIntar, paparan panel TFT, sistem ABS, Traction Control dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Kerangka model ini cukup bertegaran tinggi yang disepadankan dengan sistem saspensi yang terdiri daripada fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak tunggal serta sistem PTM (Pivoting Torque Management).

CV-R5 ini seberat 210 kg, dengan roda aloi dilengkapi dengan tayar 'jagung', bersaiz 120/70-15 di hadapan dan 150/70-14 di belakang yang cukup sesuai untuk pergerakan di laluan biasa dan lasak.

Nampaknya pasaran skuter lasak makin lama makin meriah dan sudah pasti kita akan lihat lebih 'ramai' pengeluar motosikal akan bersaing dalam segmen ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.