☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 September 2026

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike. Menjadi satu detik istimewa buat Yamaha Malaysia, program sehari ini menyaksikan 200 pemilik pertama membawa pulang XMAX 300 Tech MAX, model premium dalam keluarga XMAX.

Dengan gabungan prestasi yang dipertingkatkan, gaya premium, keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan harian, XMAX 300 Tech MAX menawarkan pengalaman skuter maksi yang lebih premium dan moden kepada para penunggang di Malaysia. Model yang ditunggu-tunggu ini telah dilancarkan di Karnival Gen Blu Yamaha pada awal Ogos yang lalu pada harga asas RM28,499.

Info: XMAX 300 TECH MAX

XMAX 300 Tech MAX dikuasakan oleh enjin satu silinder, SOHC 292cc sejukan cecair yang menghasilkan kuasa 20.6 kW pada 7,250 rpm dan tork 28.9 Nm pada 5,750 rpm. Ia turut dilengkapi ciri bantuan penunggang seperti Sistem Traction Control (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Emergency Stop Signal (ESS) yang memberikan kawalan dan keyakinan tambahan ketika menunggang.

Skuter maksi ini telah terbukti sesuai untuk perjalanan harian di bandar mahupun pengembaraan jarak jauh, XMAX 300 Tech MAX menawarkan ergonomik yang lebih baik, tempat duduk gaya kulit premium serta ruang papan kaki yang luas, lengkap dengan plat kaki aluminium. XMAX sememangnya terkenal sebagai skuter yang mampu membawa kita menjelajah ribuan kilometer dengan selesa.

Selain posisi tunggangan yang santai, XMAX menawarkan pengendalian yang tangkas, fleksibiliti dan jimat bahan api. Dengan adanya sistem Yamaha Y-Connect, perjalanan lebih menyeronokkan dengan adanya sistem navigasi, audio, sambungan telefon pintas dan maklumat penting motosikal.

Gaya Tech MAX yang tersendiri pula melengkapkan penampilannya dengan sentuhan yang lebih premium dan sofistikated.


YAMAHA XMAX300 TECH MAX BOLEH DIDAPATI DI:

  • EL CHONG MOTOR TRADING SDN BHD
  • ⁠KB SOON HUAT MOTOR SDN BHD
  • ⁠TAYCON MOTOR SDN BHD
  • ⁠HONG BEE MOTORS SB YAMAHA LIFESTYLE MALL
  • ⁠GT-MAX MOTORS (M) SDN BHD
  • HIAP AIK STAR MOTORSPORTS SDN. BHD.
  • ⁠TAKONG SDN BHD
  • ⁠WILHIN MOTOR (M) SDN BHD
  • ⁠SERDANG MOTORCYCLE SDN BHD
  • ⁠WELLY WORLD CYCLE SDN BHD
  • ⁠BOON HUA MOTOR SDN BHD
  • ⁠NEW CHEN MOTOR CREDIT SDN BHD
  • ⁠LIANG SOON MOTOR SERVICE
  • ⁠TME MOTORSPORTS SDN BHD
  • ⁠XL MOTOR SDN BHD
  • ⁠BLH-BAN LEE MOTOR SDN. BHD.
  • HO HIN MOTORS SDN BHD

Popular

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited."

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.