Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Februari 2025

Kawasaki Puncak Alam Dirasmikan

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah merasmikan pembukaan flagship store Kawasaki di Puncak Alam. Dengan pembukaan bilik pameran ini mengukuhkan lagi serta dapat mengembangkan jenama Kawasaki dan Modenas di Malaysia.

Kawasaki Puncak Alam merupakan pusat sehenti jenama tersebut yang ketujuh di Malaysia dan kedua ditubuhkan di Selangor. Bilik pameran ini diuruskan oleh Puncak Alam Motoworld Sdn Bhd dan dimiliki oleh dua orang beradik yang mempunyai pengalaman dalam industri motosikal selama 15 tahun.

Kawasaki Puncak Alam merupakan pusat sehenti 4S yang merangkumi empat aspek iaitu pusat jualan, alat ganti, servis dan bilik pameran. Pusat ini mempamerkan pelbagai jenis model Modenas dan Kawasaki yang terkini dari 250cc hingga model superbike.

Bahagian ruangan servis pula dilengkapi dengan lif motosikal, alat-alat penyelengaraan serta dikendalikan oleh para makenik motosikal terlatih bagi menawarkan khidmat dan alat ganti terbaik.

Menurut MODENAS, pihaknya bersedia untuk menubuhkan 13 bilik pameran Kawasaki 4S di seluruh Malaysia dengan dua pelantikan pengedar 4S tambahan untuk tahun 2025.

Kawasaki Puncak Alam bertempat di 3C Eco Grandeur, No 11, 13 & 15, Persiaran Eco Grandeur 1, 42300 Puncak Alam, Selangor. Bilik pameran ini dibuka setiap hari (kecuali Ahad) pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. RR

Popular

  • Warta Produk

    Kotak Simpanan GIVI, THE ULTIMO MONOLOCK TOPCASE dipertontonkan

  • Warta Produk

    GIVI Asia Lancar Topi Keledar M37.0 GRANDE

  • Model Baru

    Yamaha TMAX Tech Max 2025 Serba Baru – RM75,888

  • Model Baru

    Yamaha XMAX 2025 Tampil Dengan Beberapa Ciri Dinaik Taraf – RM24,888

  • Model Baru

    MAS2025: Honda CB1000 SP Dilancarkan Untuk Pasaran Negara – RM69,999

Artikel berkaitan

Kanak-Kanak Cedera, Baju Hujan Terbelit Roda Motosikal

SHOEI Malaysia Anjur Roadshow Buat Pertama Kali

BSH Umum Tiga Warna Baru Honda ADV160

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha TMAX Tech Max 2025 Serba Baru – RM75,888

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga memperkenalkan model skuter maksi serba baru untuk pasaran negara iaitu Yamaha TMAX Tech Max 2025.

Model Baru

MAS25: BMW MOTORRAD PERKENALKAN R 1300 GS ADVENTURE SERBA BARU

BMW Motorrad Malaysia lancar model R 1300 GSA di Malaysia Autoshow 2025

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.