☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Mei 2025

MAS25: BMW MOTORRAD PERKENALKAN R 1300 GS ADVENTURE SERBA BARU

Bersempena dengan pembukaan Malaysia Autoshow 2025, BMW Motorrad telah melancarkan model adventure serba baru mereka iaitu BMW R 1300 GS Adventure. Dengan perkenalan model baru ini menetapkan penanda aras yang baru dalam segmen jentera kembara bersaiz besar dengan menawarkan pengalaman baru untuk perjalanan jarak jauh mahupun di atas jalan atau offroad.

Perubahan rekabentuknya pada model baru ni boleh dilihat menerusi bentuk tangki bahan apinya yang kini berbentuk petak bersaiz 30 liter. Jentera ini menggunakan enjin boxer berkapasiti 1,300cc yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 145hp pada 7,750rpm dan tork 149Nm pada 6,000rpm.

Teknologi BMW ShiftCam ini melengkapkan lagi karakter pada enjin boxer ini. Sistem ini meningkatkan lagi prestasi dan kecekapan bahan api yang lebih optimum. Ekzos jenis keluli tahan karat yang serba ringan ini direka berasaskan prinsip 2 dalam 1 supaya pengeluaran kuasa dan tork dalam keadaan optimum.

Casis pada motosikal ini telah dipertingkatkan untuk menawarkan pengendalian yang stabil. Kerangka utamanya jenis logam keluli yang turut dipadankan bersama rangka belakang jenis tiub aluminium lebih kukuh. Saspensi hadapan jenis EVO Telelever dan belakang EVO Paralever pada GSA ini sama seperti yang ada di R 1300 GS, tetapi saspensi untuk model adventure dinaik taraf dengan  sistem Dynamic Suspension Adjustment (DSA) 

Sebahagian daripada pakej Dinamik standard, GSA ini didatangkan dengan empat mod tunggangan Pro seperti Rain, Road, Eco dan Enduro. Tiga lagi mod tambahan adalah Dynamic, Dynamic Pro dan Enduro Pro. Antara kelengkapan elektronik yang ada antaranya Active Cruiser Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), Lane Change Warning, Rear End Collision Warning (RECW) dan Adaptive Vehicle Height. Sementara itu, untuk pakej Automated Shift Assistant (ASA) hanya terdapat pada varian GSA Triple Black, GS Trophy dan Option 719. Manakala versi standard dipadankan bersama Shift Assistant Pro.

Ciri-ciri lain yang ada seperti lampu LED jenis matrix, paparan meter TFT 6.5 inci, sistem kawalan tekanan tayar, pemanas pendikit, sistem kunci pintar, berat 269kg, Dynamic Traction Control (DTC), Engine drag torque control (MSR), Dynamic Brake Control (DBC) dan Hill Start Control (HSC). 

BMW R 1300 GSA ditawarkan pada harga asas RM150,000 untuk varian standard. Manakala Triple Black dan GS Trophy pada harga RM155,00 dan untuk varian Option 719 Karakorum pada harga RM165,000. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.