☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Mei 2025

GIVI Asia Lancar Topi Keledar M37.0 GRANDE

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia, GIVI Asia tampil dengan produk terbarunya menerusi topi keledar M37.0 Grande di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung di MAEPS Serdang, Selangor.

Solid
Solid

Topi keledar M37.0 Grande dibina bukan sahaja untuk tampil lebih bergaya tetapi menawarkan keyakinan serta meningkatkan lagi praktikaliti ketika menunggang. Topi keledar ini adalah jenis Jet yang diperakui dengan kod piawaian homoglasi keselamatan iaitu ECE 22.06 yang sekaligus menjadi pilihan ideal buat para penunggang yang mahukan sebuah topi keledar yang selamat.

Grafik
Grafik

GIVI M37.0 Grande tampil dengan dua cengkerang (shell) iaitu cengkerang kecil khas buat mereka yang bersaiz S & M. Cengkerang besar pula sesuai untuk mereka yang memiliki kepala bersaiz L & XL.

Topi keledar ini dilengkapi dengan tiga laluan udara bagi menawarkan keselesaan buat penunggang. Sistem pengaliran udara ini dapat membantu mengurangkan haba yang terperangkap di dalam topi keledar. Selain itu, bahagian dalam dilapisi fabrik lembut dan berpengudaraan yang mempunyai antibakteria dan cepat kering untuk kebersihan. Menarik lagi, bahagian paddingnya boleh ditanggal untuk memudahkan pemilik membersihkannya.

Terdapat juga sistem Micrometric Quick Release Buckle yang lebih selamat, boleh dilaraskan serta mudah untuk pengguna memasang dan menanggalkannya.

GIVI M37.0 Grande didatangkan dengan empat pilihan warna solid dan grafik seperti White, Sky Blue, Candy Red, Piano Black, Azure Black Blue, Rosso Black Red, Scuro Navy Yellow dan Scuro Black Red. Untuk warna solid ditawarkan pada harga RM360 manakala grafik pada harga RM400. Topi keledar ini boleh didapati di semua pengedar GIVI Point dan pengedar sah GIVI bermula Julai 2025. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).