☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Mei 2025

Yamaha TMAX Tech Max 2025 Serba Baru – RM75,888

Seiring dengan pelancaran XMAX 250 di  Malaysia Autoshow, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga memperkenalkan model skuter maksi serba baru untuk pasaran negara iaitu Yamaha TMAX Tech Max 2025.

Dari segi penampilan, rekaan luar model ini telah dinaiktaraf melalui lampu utama jenis LED berkembar serba baru. Manakala lampu DRL berbentuk seperti ‘T’. Fairing hadapanya juga direka semula. Bukan itu sahaja, pelana telah diperbaharui yang dibalut dengan kain bertekstur.

Walaupun begitu, TMAX Tech Max kekal dijana oleh enjin 562cc, dua silinder, DOHC, 8 injap bersama sistem penyejuk cecair. Enjin dengan piawaian Euro5+ mampu menghasilkan kuasa maksimum 35.0kW 7,000rpm dan tork 55.0Nm pada 5,250rpm.

Sebagai sebuah skuter premium, TMAX Tech Max dilengkapi sistem Brake Control (BC atau Cornering ABS) yang turut dibangunkan pada jentera supersport Yamaha. Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) juga juga ditambah pada model ini. Manakala sistem Cruise Control dan mod tunggangan telah ditala semula.

Bahagian meter masih kekal dengan paparan TFT 7-inci tetapi menampilkan tiga paparan yang berbeza. Lebih menarik sekali, fungsi Garmin boleh digunakan menerusi Garmin Motorize secara percuma berbanding pada model terdahulu di mana penunggang perlu membayar yuran tahunan.

Ciri eksklusif pada TMAX Tech Max ini adalah pemanas pendidik, cermin penghadang angin boleh laras, sistem kunci pintar, traction control dan tongkat tengah anti kecurian. Terdapat juga ruang simpanan bawah pelana yang cukup luas. Tangki bahan apinya bersaiz 15 liter manakala berat jentera 221kg.

Yamaha TMAX Tech Max 2025 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Ceramic Grey dan Magma Black. Model ini ditawarakan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM75,888. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.