☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 September 2026

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang. Kunjungan tersebut bertujuan memberi peluang kepada Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai operasi syarikat, aktiviti pembangunan dan pembuatan motosikal serta rangkaian model Honda yang ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

Kunjunan rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib ke Boon Siew Honda.
Kunjunan rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib ke Boon Siew Honda.

Dalam lawatan berkenaan, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli turut diberikan taklimat mengenai operasi perniagaan dan pembuatan di BSH sebelum dibawa meninjau fasiliti pengeluaran. Rombongan turut diperkenalkan kepada rangkaian motosikal Honda yang merangkumi pelbagai segmen bagi memenuhi keperluan mobiliti penunggang di negara ini.

Kunjungan tersebut mempunyai nilai tersendiri khususnya buat Boon Siew Honda memandangkan syarikat tersebut merupakan antara jenama yang mempunyai sejarah panjang dalam industri motosikal dan sektor perindustrian Pulau Pinang seterusnya di Malaysia.

Sejarah Boon Siew Honda

Boon Siew Honda bermula di Pulau Pinang sejak 1957, dan sepanjang tempoh tersebut syarikat memainkan peranan dalam perkembangan industri motosikal tempatan. Kini, operasi BSH di Batu Kawan mempunyai seramai 362 pekerja, yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja melalui latihan teknikal dan bukan teknikal untuk kakitangan serta rakan pengedar.

Arkib RodaRoda.
Arkib RodaRoda.
Honda Malaysia telah meraih banyak anugerah yang membuktikan inovasi dan kemantapan dunia kejuruteraan mereka. Arkib RodaRoda.
Honda Malaysia telah meraih banyak anugerah yang membuktikan inovasi dan kemantapan dunia kejuruteraan mereka. Arkib RodaRoda.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano, sejarah panjang syarikat ini di Pulau Pinang menjadi asas kepada usaha berterusan BSH dalam memperkukuh inovasi, pembangunan tenaga kerja serta keupayaan pembuatan bagi memenuhi keperluan mobiliti rakyat Malaysia.

Salah satu acara penting dalam kunjungan tersebut ialah penyampaian sebuah Honda ADV160 kepada Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pemberian itu merupakan tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan negeri Pulau Pinang terhadap aktiviti pengeluaran motosikal tempatan. Honda ADV160 berkenaan akan digunakan bagi urusan komuniti rasmi pejabat.

Kunjungan ini sekali gus memperlihatkan hubungan antara sektor pembuatan motosikal dengan perkembangan industri negeri Pulau Pinang, selain menonjolkan peranan Boon Siew Honda sebagai syarikat yang telah lama bertapak di negeri tersebut.

Ibu pejabata BSH di Kota Damansara. Arikib RodaRoda.
Ibu pejabata BSH di Kota Damansara. Arikib RodaRoda.

Dengan pengalaman hampir tujuh dekad dalam industri, BSH terus membawa jenama Honda dalam pasaran motosikal Malaysia sambil memberi tumpuan kepada inovasi, pembangunan sumber manusia dan pengukuhan operasi pembuatan tempatan. RR

Popular

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Artikel berkaitan

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.