Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk

Terkini
  • Warta Produk

    Baju Hujan Tiruan GIVI Dirampas

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan rampasan ke atas sebuah premis perniagaan yang didapati telah menjual baju hujan tiruan berjenama GIVI. Operasi yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah telah membawa kepada kejayaan rampasan sebanyak 465 pasang baju hujan.

  • Warta Produk

    Lindungi Diri Dari Hujan Dengan GIVI

    Menjelang bulan November dan Disember, negara kita akan berdepan dengan musim hujan malah ada kalanya kita terpaksa meredah hujan hampir setiap hari. Demi memberi keselesaan dan memudahkan para penunggang, GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan dua produk pakaian hujan menarik iaitu Baju Hujan PRS01.AX dan Pelindung Kasut SC02-N. Ia merupakan keinginan setiap penunggang di kala hujan.

  • Warta Produk

    MICHELIN POWER RS : Gelegang Hitam Baru Bakal Menjadi Sanjungan

    Ada terdapat satu subset penunggang motosikal yang mana perbincangan tentang tayar boleh berlanjutan hingga berjam-jam, malah berhari-hari lamanya. Ini adalah kerana dua gegelang hitam yang dipasang pada motosikal itu sahajalah yang merupakan titik-titik sentuhan di antara jentera dan jalanraya.

  • Warta Produk

    Pirelli Angel Scooter & Diablo Rosso Scooter Untuk Tunggangan Lebih Menyeronokkan

    Pirelli telah melancarkan produk terbaru iaitu Diablo Rosso Scooter dan Angel Scooter sememangnya dicipta untuk pelbagai jenis tunggangan seperti kegunaan harian, pengembaraan dan sport.

  • Warta Produk

    Mantapkan Kawasaki Z900 Dengan Sistem Ekzos Akrapovic

    High N Lubricant Sdn Bhd selaku pengedar rasmi sistem ekzos Akrapovic di Malaysia menawarkan produk terbaru iaitu sistem eksos Slip-On Line yang diperbuat daripada Titanium.

  • Warta Produk

    Petronas Lancar Petronas Sprinta UltraFlex™

    Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan rangkaian pelincir motosikal terbaru iaitu Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ yang telah dirumuskan secara unik untuk mengatasi stres motosikal serta meningkatkan jangka hayat sesebuah enjin.

  • Warta Produk

    Mendaki Gunung Berapi Nevado Ojos del Salado Dengan Metzeler MC 360

    Tiga fakta di atas merupakan satu rekod baru dunia yang berjaya dicapai oleh tayar offroad terbaru dari Metzeler iaitu Metzeler MC 360 yang dilengkapkan pada Honda Africa Twin dan CRF450RX.

  • Warta Produk

    Pelincir Motosikal MaxxOil Diperkenalkan

    Bagi pengguna kereta, jenama MaxxOil bukanlah nama baru kerana sudah pun berada di pasaran negara sejak 2014. Melalui usaha kuat beberapa tahun ini, MaxxOil telah menampakkan hasil yang cukup positif dengan penerimaan anugerah SME100 – Top 100 Fast Moving Company in 2016.

  • Warta Produk

    Shell Advance Lancar Pelincir Khas Skuter

    Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir yang dihasilkan khusus untuk skuter. Ia merangkumi minyak sintetik sepenuhnya iaitu Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, teknologi sintetik Shell Advance 4T AX7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance.

  • Warta Produk

    Enam Peminat Motor Dapat Layanan VIP Michelin!

    Bagi penggemar tegar persaingan motosikal sedunia khususnya MotoGP, peluang hadir ke acara perlumbaan ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Itulah yang dialami dan dinikmati oleh enam orang pemenang bertuah MotoGP Digital Campaign yang dianjurkan bersama oleh Michelin di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Melalui peraduan ini, para peserta diminta menghantarkan gambar mereka bersama motosikal masing-masing dengan gaya paling kreatif.

  • Warta Produk

    GIVI Dolomiti Diperkenalkan Di Intermot

    Selepas mem-perkenalkan kotak barang sisi Trekker DOLOMITI pada awal tahun 2016, GIVI hadir ke pameran motosikal antarabangsa Intermot dengan melancarkan kotak barang belakang Trekker DOLOMITI yang terbaru.

  • Warta Produk

    Shell Advance Ultra 4T Sintetik Penuh Memberi Keyakinan Menunggang Jauh

    Baru-baru ini, Shell telah memperkenalkan minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra 4T Fully Synthetic ke dalam pasaran tempatan. Menurut Shell, minyak enjin ini menawarkan perlindungan dan prestasi mutlak kepada semua motosikal moden, tidak mengira saiz enjin. Dakwanya lagi, Shell Advance Ultra 4T ini memberikan kawalan terbaik dengan penukaran gear yang licik, serta penunggangan yang lebih seronok disebabkan pengurangan kebisingan dan getaran. Teknologi sintetik penuh minyak ini juga dikatakan boleh menambah jangka hayat enjin anda.