Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia
Zontes dijangka memperluaskan rangkaian skuter berkuasa tinggi di pasaran Malaysia menerusi pengenalan model baharu Zontes 552S yang dipertontonkan buat pertama kali di Milan, Italy menerusi Pameran Antarabangsa Eicma 2026.


Model berkenaan merupakan sebahagian daripada keluarga Zontes 552 yang turut merangkumi tiga model lain iaitu 552G, 552H dan 552Z. Setiap varian dibangunkan menggunakan enjin sama tetapi menawarkan rekabentuk serta karakter tunggangan berbeza.


Skuter berkonsepka GT Touring ini dikuasakan enjin dua silinder 531cc, 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 46.9hp pada 7,250rpm dan tork 56Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi CVT dengan pacuan akhir jenis tali sawat memudahkan kawalan terutama di kawasan trafik sesak.


Antara kelengkapan teknologi yang ditawarkan termasuk sistem pendikit elektronik Ride-by-Wire, mod tunggangan, Cruise Control, Traction Control dan ABS dua saluran. Ciri-ciri lain pula adalah paparan meter TFT, sistem TPMS, tangki 16 liter, tinggi pelana 770mm, berat 198kg, tayar depan 120/70R17, tayar belakang 160/60R15, sistem NFC serta sambungan aplikasi telefon pintar.


Kehadiran Zontes 552S ke pasaran Malaysia tahun hadapan dijangka menambahkan pilihan dalam segmen maksi skuter berkapasiti pertengahan tinggi. Model ini dijangka mendarat ke pasaran negara pada suku kedua tahun 2027 pada harga asas di bawah RM40,000. Namun, spesifikasi lengkap untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. RR






