☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 November 2026

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Zontes bakal memperluaskan penawaran skuter berkapasiti besar di Malaysia menerusi pengenalan skuter adventure baharu iaitu Zontes 552G. Model yang di pamerkan di EICMA 2026 di Milan, Itali ini yang dijangka memasuki pasaran tempatan pada suku kedua 2027.

Zontes 552G hadir dengan penampilan lebih lasak dan agresif, sekali gus memberikan pilihan kepada penunggang yang mahukan sebuah skuter automatik dengan kemampuan untuk perjalanan jarak jauh. Reka bentuknya turut menampilkan ciri sebuah jentera adventure seperti pelindung sisi, pelindung bawah enjin serta cermin penghadang angin yang boleh dilaraskan secara elektronik.

Menggerakkan skuter ini ialah enjin dua silinder sebaris bersesaran 531cc dengan sistem penyejukan cecair. Berdasarkan spesifikasi yang didedahkan, enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 46.9hp pada 7,250rpm dan tork 56Nm pada 5,500rpm. 

Zontes 552G menawarkan pelbagai teknologi moden termasuk sistem pendikit elektronik Ride-by-Wire, mod tunggangan, Cruise Control, Traction Control,  TPMS, meter TFT, sistem kunci NFC, ABS dua saluran dan kamera rakaman hadapan dan belakang.

Model ini menggunakan rim jejari bersaiz 17 inci di hadapan dan 15 inci di belakang yang masing-masing disaluti tayar 120/70 dan 160/60. Kelengkapan lain seperti fork USD, berat 208kg, tangki 16 liter, lampu-lampu LED, tinggi pelana 780mm dan ruangan di bawah pelana.

Zontes 552G dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua 2027 menerusi pengedar rasminya iaitu Eurotech Group (ETG). Harga jualan rasmi dijangka bawah RM40,000 dan spesifikasi akhir untuk pasaran tempatan bagaimanapun masih belum diumumkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Artikel berkaitan

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.