Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Februari 2021

RRMM: Makan Satay Tulang Durich Di Jelebu... Telan Ubi Rebus Dalam Hutan!

RondaRonda MakanMakan telah mengantikan slot Mat Ronda secara rasminya bagi memenuhi citarasa semasa dan ianya merangkumi skop yang lebih meluas dan pelbagai aktiviti di samping penyertaan lebih ramai keanggotaan dan akan meliputi banyak kawasan sama ada semenanjung, Sarawak, Sabah mahu pun negara jiran suatu hari nanti.

Terlintas di fikiran pihak pengurusan RodaRoda ingin membuat satu perhimpunan berupa begini suatu hari nanti bagi menyambut dan meraikan ahli kelab RR, peminat dan pembaca RodaRoda apatahlagi mereka yang digelarkan peminat setia yang saban tahun tanpa gagal mengikuti edisi-edisi keluaran kami.

Honda Transalp & Crossrunner memang cantik & seronok ditunggang!
Honda Transalp & Crossrunner memang cantik & seronok ditunggang!
Satay Tulang Durich, sedap hingga menjilat jari.
Satay Tulang Durich, sedap hingga menjilat jari.

Memang ada yang menyatakan bahawa destinasi pilihan sebelum ini seperti: Cendol Batu 9, Roti Canai Pelangi, Selera Rimba, Masakan Minang Asli telah pun terkenal sebelum ini. Tidak dinafikan cuma kami membawa laporan mengenai tempat yang dikunjungi dengan data dan info yang anda perlukan seperti hari berniaga, jenis makanan dan sudah pasti tanda harga bagi sesuatu hidangan.

Tidak kurang juga kali ini, bila sebut Satay Tulang, ramai yang telah mengetahui adanya restoran yang menyajikannya terutama di Senawang pada amnya. Tetapi bagaimana dengan di Petaling, Jelebu. Tidak tahu..!! Ayuh ikuti perjalanan kami ke Hulu Langat dan Kuala Klawang.

Singgah bersarapan di Warung Kampung Iman Corner di Hulu Langat, Selangor.
Singgah bersarapan di Warung Kampung Iman Corner di Hulu Langat, Selangor.
Walaupun di hari bekerja, warung ini mendapat kunjungan ramai.
Walaupun di hari bekerja, warung ini mendapat kunjungan ramai.

Kehadiran kali ini adalah Doc, Haji Megat Faisal, Haji Jamil, saudara Mohd Naim, Khairil Azuan, Redzuan dan Saiful Nizam. Shell Batu 9 Cheras tempat berkumpul dan menyusun atur hala tuju kali ini. Hulu Langat ke Kuala Klawang dan mana sesuai berhenti dan teroka. Hari ini hidangan satay tulang menanti kami dengan tempahan dibuat awal.

Jam 8:40 pagi perjalanan dimulakan ke destinasi pertama sekitar Hulu Langat mencari sesuap sarapan. Hampir sejam perjalanan, kami tiba di sebuah warung baru dibuka di laluan B52 Kampung Jawa. Nama warung ini adalah Warung Roti Canai Iman Corner. Berada di tepi jalan antara celah kebun, warung ini senang dijumpai namanya terpapar dengan besar sekali. Kaki lima jalan yang luas memudahkan parkir motosikal kami tanpa mengganggu lalulintas. Ruang parkir yang luas adalah satu kelebihan buat para pengusaha restoran dan gerai makan kerana memudahkan para pelanggannya untuk berhenti pada bila-bila masa.

Lontong bersama paru-paru & vadai cukup menyelerakan.
Lontong bersama paru-paru & vadai cukup menyelerakan.

Seperti biasa, daftar nama dan ambil jangkasuhu adalah mesti sebagai mematuhi SOP. Ruang makan agak besar cuma meja panjang ada dua sahaja untuk kami bertujuh. Menjenguk menu makanan yang ada dan memesan minuman.

Di antara makanan yang disajikan di sini adalah roti canai, nasi lemak, lontong dan kuih-muih. Saudara Naim tertarik dengan lontong lalu dipesannya lontong bersama paru beserta vadai. Menarik dan menyelerakan. Sementara menunggu hidangan roti canai, cili + bawang sampai, Haji Jamil menjamah kuih Jongkong. Makan jongkong perlulah bersudu sebab ianya basah berair dan halus lembut. Sesuap ke mulut, Haji Jamil bagaikan seseorang dilamun bayangan. Apa kan tidak “Sedap.. rasa lah.. rugi tak makan” katanya.

Walaupun di hari bekerja, warung ini mendapat kunjungan ramai.
Walaupun di hari bekerja, warung ini mendapat kunjungan ramai.
Kuih Jongkong yang terbaik pernah kami rasa.
Kuih Jongkong yang terbaik pernah kami rasa.

Kuih Jongkong di sini adalah yang istimewa dan terbaik pernah kami rasai. Ia adalah antara juadah pilihan terkenal dan disajikan setiap hari di warung makan ini. Ianya menyerupai talam pelita tetapi rasanya berbeza. Hampir setiap di antara kami merasainya. Ternyata sedap, manis dan puas.

Roti canai dihidangkan di sini juga garing dan sedap walaupun ia telah dibanjirkan. Mungkin antara kami perlu mengambil setiap makanan berbeza selepas ini bagi merasai hidangan lain pula. Apa pun tidak menghampakan kami bersarapan di sini. Dengan harga RM43 bagi tujuh orang untuk makan pagi, ia masih lagi murah.

Waktu perniagaan kedai makan ini adalah setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang dan tutup pada hari Jumaat.

Sejam lebih kami bersarapan. Perjalanan diteruskan ke Kuala Klawang. Laluan B32 dan bersambung dengan N32 selari menuju destinasi. Hari ini adalah hari bekerja, maka kuranglah bikers menggunakan jalan ini yang lebih dikenali sebagai KKIC (Kuala Klawang International Circuit). “Memang jarang woo orang berkonvoi hari Isnin. Selalu hujung minggu ja masa untuk naik motor!” Gurau Haji Jamil sambil bergaya di atas Royal Enfieldnya.

Sebaik sahaja memasuki N32 nampak pula tanda arah ke Hutan Rekreasi Kenaboi. Menyimpang sekejap selagi masih awal. Perjalanan ke sana berliku dengan jalan berbatu kelikir. Seronoklah lima buah motosikal Scrambler, Triumph 900, Honda Crossrunner, RE Interceptor dan Honda Transalp santai mengharungi perjalanan seperti ini. Yamaha MT-15 dan Yamaha XJ6 berhempas pulas. Maklumlah jalan macam ni bukan taste kami. Apa pun ianya menyeronokkan.

Cukup la dapat bergambar walaupun tidak dapat masuk ke Taman Negeri Kenaboi.
Cukup la dapat bergambar walaupun tidak dapat masuk ke Taman Negeri Kenaboi.

Perjalanan kami di'hidangkan' dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau dan udara yang nyaman. Memang sihat kalau duduk di kawasan ini.... udara confirm bersih! Tiba di pintu masuk hutan rekreasi ini kami dikecewakan. Tiada pelawat dibenarkan masuk sehingga awal tahun 2021 nanti. Alamak!!!! Dah sampai tu… tak ada cara lain ke… frust menonggeng dibuatnya.

Menurut Haji Jamil yang pernah sampai ke puncak atas, pemandangan memang cantik dan menarik. Terdapat 2 air terjun di lokasi ini yang pasti menjadikan kepuasan bagi pengunjung. Tak ada rezeki. Mungkin lain kali ada rezeki nak terjun sungai. Dah sampai sini, posing juga lah 2-3 gambar buat kenangan. Banyak lokasi menarik untuk beriadah di perantara jalan menuruni hingga ka jalan utama. Air sungai yang jernih dan dingin menanti pengunjung merasai keindahan alam buana.

Bergambar kenangan bersama pemilik Satay Tulang Durich Original, sdr. Ridzuan M. Yusof -tengah-.
Bergambar kenangan bersama pemilik Satay Tulang Durich Original, sdr. Ridzuan M. Yusof -tengah-.
Gemuk-gemuk satay di sini, makan puas.
Gemuk-gemuk satay di sini, makan puas.

Destinasi seterusnya Petaling, Jelebu. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Kenaboi mengambil masa selama 40 minit perjalanan. Laluan berselekoh memang 'sedap' untuk melayangkan jentera masing-masing. Setibanya di destinasi kelihatan kedai di cari tutup. Ya… memang tutup tetapi tempahan telah dibuat sebelum ini dan dia sememangnya sedang menunggu kehadiran kami.

Ridzuan M.Yusof atau panggilan ringkas namanya Duan sahaja. Seorang yang peramah menyambut kehadiran kami dengan senyuman. Orang jati Petaling, Jelebu ini telah bertahun bertapak di sini dengan perusahaan sataynya. Duan memang sudah biasa dengan satay ayam dan daging hinggalah suatu ketika beliau mempelajari membuat satay tulang dan menghasilkan versinya tersendiri. Maka terhasillah Satay Tulang Durich Original.

Sdr. Ridzuan memotong daging ayam untuk dijadikan satay.
Sdr. Ridzuan memotong daging ayam untuk dijadikan satay.

Disebabkan PKP ini, Duan hanya menjalankan operasi pengeluaran sahaja dan hasil tersebut dipasarkan melalui tempahan yang dibuat oleh restoran-restoran dan orang perseorangan. Itu pun tak menang tangan katanya. Banyak tempahan dan penghantaran dibuat sekitar Negeri Sembilan sehinggalah ke Selangor. Tempahan satay sejukbeku dan adakalanya dibakar sekali bagi memenuhi permintaan pelanggan yang telah tahu kewujudan beliau dan industrinya.

Tengahari ini kami dijamu dengan empat jenis satay. Iaitu; Satay ayam (RM1.50), daging (RM2.00), tulang ayam (RM2.50) dan tulang kambing (RM3.50).

“Mak aiii, sodapnya. Tu baru makan kosong je… bolum cocah dengan kuah kacangnya laie.… betul sodap den tak tipu.” Kuah kacangnya pun cukup sedap rasanya. Cuma hari ini kami tak sempat disajikan nasi impit homemade beliau.

Sambil makan beliau menceritakan sejarah hidup beliau yang penuh dugaan dan cabaran sehinggalah beliau berjaya. Makan dengar… makan dengar habisssss juga enam batang lidi satay di pinggan. Makan tengahari ini berjumlah RM193 termasuk baki yang dibawa balik.

Bagi sesiapa yang ingin tahu dan bertanya, keterangan selanjutnya boleh hubungi Ridzuan M.Yusof di talian 012-2486844.

Sebelum pulang bergambar dahulu bersama Alang -tiga dari kiri-, pemilik kem rekreasi di Sungai Batangsi.
Sebelum pulang bergambar dahulu bersama Alang -tiga dari kiri-, pemilik kem rekreasi di Sungai Batangsi.
Air sungai di Batangsi sangat bersih & menyegarkan, seronok untuk berkhemah di sini.
Air sungai di Batangsi sangat bersih & menyegarkan, seronok untuk berkhemah di sini.

Perjalanan pulang menuju arah ke Semenyih. Oleh kerana masa masih ada, 'rombongan' melencong pula ke Sungai Batangsi yang terletak di Semenyih. Di sini kami berehat seketika di satu kem rekreasi milik seorang sahabat, Alang nama panggilannya. Kehadiran kami disambut ceria. Memang Alang ni ramah dan mudah disukai ramai. Sungai Batangsi memang cantik dan airnya cukup bersih. Ia menjadi tempat pilihan buat mereka yang suka berkhemah dan berehat bersama keluarga.

Sajian sebelah petang, ubi rebus yang dicicah dengan sambal sardin.
Sajian sebelah petang, ubi rebus yang dicicah dengan sambal sardin.
Wajah gembira Naim sebaik melihat ubi rebus panas bersama sambal sardin. Sedapnya...!
Wajah gembira Naim sebaik melihat ubi rebus panas bersama sambal sardin. Sedapnya...!

Sementara berborak mengenai perkembangan semasa, kami disajikan minum petang berupa ubi rebus yang dicicah dengan sambal sardin. Pehhh.... terangkat dibuatnya! Disulam pula dengan kopi-O panas, memang 'A' lah! Sedang eloklah ada kudapan di kala hujan mula mencurah turun. Sebaik reda sedikit kami beransur pulang ke destinasi masing-masing walaupun kali ini kami dibasahi hujan lebat sepanjang perjalanan.

Sehingga berjumpa lagi di edisi berikutnya, jagalah diri, patuhi SOP. #kitajagakita RR

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Empat motosikal bergesel sesama sendiri, seorang maut

KOVE 625X Tampil Di 137th Canton Fair

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

Joan Mir melengkapkan 64 pusingan sepanjang hari dan pelumba bernombor #36 itu dapat mencuba lengan ayun baru yang dinilai oleh 'Pasukan Ujian Honda HRC' serta beberapa pilihan persediaan untuk meningkatkan prestasi.

Dari Litar

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

Spekulasi mengenai perpindahan Toprak Razgatlioglu yang sudah lama ditunggu-tunggu ke MotoGP kini telah mencapai tahap baru minggu ini, apabila pengurusnya Kenan Sofuoglu mengesahkan bahawa kontrak telah ditandatangani.

Dari Litar

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish bangkit dalam perlumbaan kedua dengan menamatkan saingan di kedudukan lima teratas.

Warta Roda

Perlumbaan Lasak Rimba Raid X Dilancarkan!

Bagi para peminat dunia motosikal lasak di Malaysia, Rimba Raid tidak perlu lagi diperkenalkan. Bermula dari tahun 2015, saingan Rimba Rais bukan sahaja berjaya menarik minat para pesaing dari dalam negara sahaja malah hampir dari serata dunia di Malaysia ialah Taman Negara Kuala Tahan, Kampung Janda Baik dan yang terkini ialah di Lenggong, Perak Darul Ridzuan.