Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 September 2026

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino di Litar Misano untuk merampas kedudukan pendahulu kejuaraan. Kemenangan ini juga merupakan yang ke-78 buat Marc Marquez dalam kelas prima apabila Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) yang bermula dari petak hadapan terbabas. pada pusingan pertama.

Perlumbaan di Misano bermula dengan drama apabila Bezzecchi berjaya mempertahankan kedudukan daripada asakan Marc ketika memasuki selekoh pertama. Marc kekal di tempat kedua sebelum Bezzecchi yang ketika itu memimpin perlumbaan terjatuh di Selekoh 13 pada pusingan pertama. Pelumba Itali itu tidak mengalami kecederaan serius, namun kemalangan berkenaan menyebabkan peluangnya mengutip 25 mata berharga terpadam begitu sahaja. Insiden tersebut turut menjadi tamparan besar kepada cabaran Bezzecchi dalam perebutan kejuaraan dunia.

Marc kemudian mengambil alih pendahuluan diikuti Martin manakala Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) dan Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) bersaing sengit untuk kedudukan podium. Martin mula memberi tekanan kepada Marc dan pada pusingan ketujuh berjaya memintas pelumba Ducati itu di Selekoh ke-4 untuk mengambil alih tempat pertama. Namun, Marc tidak terburu-buru membalas serangan, sebaliknya kekal tenang sambil Alex mula memberikan tekanan dari belakang. Pada ketika itu, persoalan mula timbul sama ada Marc menghadapi masalah atau sengaja menyimpan tenaga untuk pertengahan perlumbaan.

Jawapannya mula kelihatan selepas beberapa pusingan kemudian apabila Marc mencatat beberapa pusingan terbaiknya sebelum kembali merampas pendahuluan daripada Martin di selekoh ke-6 pada pusingan 12. Marc Marquez kemudian mula membina kelebihan sehingga 0.7 saat sebelum Alex pula memintas Martin di Selekoh 6 pada pusingan ke-14 untuk naik ke tempat kedua. Keadaan menjadi semakin sukar buat Martin apabila Acosta melakukan serangan di Selekoh 8 pada pusingan ke-16.

Acosta meneruskan aksi cemerlang untuk meraih tempat ketiga. Sementara itu, Marc Marquez semakin selesa di hadapan selepas Alex hampir terjatuh ketika keluar dari Selekoh ke-6. Pada masa yang sama, Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP) mula memberikan tekanan kepada Martin dan akhirnya berjaya memintas pelumba Aprilia itu untuk mengambil tempat keempat. Dengan Martin turun ke tempat kelima, kedudukan mata kejuaraan antara Marc dan Martin kembali menjadi sama yang masing-masing mengumpul 274 mata menjelang pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, kemenangan Marc tidak hadir dengan mudah. Lima pusingan sebelum tamat, Alex berjaya mengecilkan jurang kepada hanya 0.5 saat manakala Acosta turut berada dekat di belakang dengan jarak 1.1 saat daripada Alex. Acosta juga menjadi pelumba terpantas antara ketiga-tiga mereka pada ketika itu. Namun, Marc kekal tenang sehingga melintasi garisan penamat untuk mencatat kemenangan ke-78 dalam MotoGP. Kejayaan itu melengkapkan kebangkitan luar biasa Marc selepas sebelum ini dianggap sudah tersingkir daripada persaingan kejuaraan susulan kemalangan di GP Perancis, Le Mans.

Alex Marquez pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas bangkit daripada petak kesembilan dengan melengkapkan podium istimewa buat Gresini di laman sendiri. Gresini turut menggunakan livery khas sebagai penghormatan kepada mendiang Marco Simoncelli. Acosta pula meneruskan prestasi konsisten dengan tempat ketiga untuk meraih podium kelima musim ini. Aldeguer menamatkan perlumbaan di tempat keempat diikuti Martin di tangga kelima, Raul Fernandez (SuperFile Trackhouse MotoGP Team) keenam, Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) ketujuh, Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) kelapan, Luca Marini (Honda HRC Castrol) kesembilan dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 diikuti Toprak Razgatlioglu (Prima Pramac Yamaha MotoGP) ke-12, Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) ke-13 dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Tech3) ke-14. Sementara itu, satu lagi kekecewaan berlaku buat pelumba tuan rumah apabila Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) turut gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Selepas GP San Marino, Marc dan Martin kini berkongsi 274 mata di tempat pertama dan kedua manakala Bezzecchi berada di tempat ketiga dengan 241 mata. Dengan momentum kini memihak kepada Ducati dan Marc Marquez di mana saingan seterusnya di Red Bull Ring, Austria yang dijangka menjadi satu lagi pusingan penting dalam perebutan gelaran juara dunia 2026. RR

Popular

  • Dari Litar

    Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

  • Model Baru

    Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

  • Warta Roda

    Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

  • Model Baru

    Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

  • Model Baru

    Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

Artikel berkaitan

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Modenas Z15GT tampil dengan dua warna baharu dan 7 penambahbaikkan.

Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.