☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 September 2026

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Pelumba muda Moto3 negara iaitu Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan. Kutipan tujuh mata berharga di Litar Red Bull Ring, Spielberg membolehkan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi berkenaan melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh Moto3 dengan mengumpul 101 mata secara keseluruhan

Bermula dari petak ke-15, Hakim Danish melakukan permulaan positif apabila berjaya memperbaiki kedudukannya seawal pusingan pertama. Berdasarkan data rasmi perlumbaan, pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan pusingan pertama di tempat ke-14 sebelum naik ke P12 pada pusingan kedua, P11 pada pusingan ketiga dan seterusnya menembusi kelompok sembilan terbaik pada pusingan keempat.

Rentak pelumba negara itu kemudian sedikit terjejas di pertengahan perlumbaan apabila melakukan beberapa kesilapan ketika cuba mendapatkan posisi lebih baik. Keadaan itu menyaksikan kedudukannya kembali berada di tempat ke-14 pada pusingan ke-15. Hakim Danish bagaimanapun tidak mengalah dan kembali mengatur rentaknya untuk mengejar semula kelompok hadapan.

Usahanya membuahkan hasil apabila Hakim Danish kembali memperbaiki kedudukan kepada tempat ke-12 pada pusingan ke-17 dan ke-11 pada pusingan ke-19 sebelum meneruskan momentum sehingga berjaya melintasi garisan penamat di tempat kesembilan. Keputusan tersebut sekali lagi memperlihatkan semangat juang pelumba muda negara itu untuk bangkit selepas berdepan cabaran sepanjang perlumbaan.

Saingan GP Austria dimenangi oelh pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team iaitu Maximo Quiles dengan catatan masa 33 minit 24.323 saat diikuti Brian Uriarte (Red Bull KTM Ajo) di tempat kedua dengan 33:26.657s manakala Alvaro Carpe melengkapkan podium di tempat ketiga dengan 33:31.717s. Selepas Austria, saingan Moto3 akan membuka tirai pusingan di Asia menerusi GP Jepun di Mobility Resort Motegi dari 2 hingga 4 Oktober diikuti GP Indonesia, GP Australia dan GP Malaysia.

ZK Racing kini memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pusingan Asia dengan Hakim Danish dijangka terus memburu keputusan positif dalam baki musim 2026. Pasukan itu turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja, rakan strategik, pihak media dan penyokong yang terus memberikan sokongan kepada Hakim Danish sepanjang musim ini. Dalam masa sama, peminat tempatan masih berpeluang mendapatkan tiket MalaysianGP untuk hadir memberikan sokongan kepada pelumba negara itu di pentas perlumbaan tanah air. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.