Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya memperkenalkan Yamaha YZF-R9 untuk pasaran Malaysia sempena pelancaran pusat pameran Yamaha Big Bike iaitu Blu Nexus.


R9 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris CP3 890cc, DOHC, bersama sistem penyejukan cecair yang sama ada pada model MT-09. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 119PS pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan turut disempurnakan dengan quickshifter bagi melancarkan lagi proses penukaran gear.


Apa yang menarik, kerangkan jenis aluminium Deltabox yang digunakan pada R9 ini mempunyai berat 9.7kg sahaja sekaligus menjadikan kerangka tersebut antara yang paling ringan pernah digunakan oleh Yamaha bagi segmen supersport. Untuk berat keseluruhan motosikal pula adalah sekitar 195kg.


Dari sudut rekabentuk, R9 tampil dengan ripa agresif yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha. Bahagian hadapan dilengkapi winglet bagi meningkatkan lagi ciri aerodinamik untuk menawarkan kestabilan ketika memecut.


Dari seg sistem elektronik turut menjadi antara kelebihan utama pada R9 yang dilengkap 6-axis IMU untuk mengaeal Traction Control (TCS), Slide Control System (SCS), Brake Control (BC), Lift Control (LIF) dan Launch Control. Penunggang turut boleh memilih mod tunggangan seperti Sport, Street, Rain dan dua mod Custom serta empat mod khusus untuk kegunaan di litar.


Paparan meter jenis TFT 5-inci menampilkan beberapa pilihan paparan termasuklah mod Track. Selain itu, R9 turut menyokong aplikasi Y-TRAC Rev yang membolehkan penunggang merekod masa pusingan, menganalisis data tunggangan serta mendapatkan maklumat prestasi ketika berada di litar.

Antata kelengkapan lain adalah suspensi KYB boleh laras sepenuhnya, brek hadapan jenis Brembo Stylema, sistem ABS dua saluran, tayar hadapan 120/70ZR17, tayar belakang 180/55ZR17, tinggi pelana 831mm, berat 195kg dan tangki bahan api 14 liter.


Yamaha YZF-R9 hadir dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Icon Blue yang ditawarkan pada harga asas bermula RM68,000 sahaja. Model ini dikatakan akan tersedia di semua pusat pengedar Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula bulan Januari 2027. RR
Popular




