☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 September 2026

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Pelumba pasukan Aruba.it Racing-Ducati, Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team. Perpindahan itu melengkapkan perjalanan panjang pelumba Itali berusia 26 tahun berkenaan yang sebelum ini beraksi dalam Moto3, Moto2, WorldSSP dan WorldSBK.

Bulega memulakan karier antarabangsa dalam perlumbaan Junior Moto3 pada 2014 sebelum muncul juara pada musim berikutnya. Kejayaan tersebut membolehkannya melangkah ke Moto3 pada 2016 bersama Sky Racing Team VR46 dan menamatkan musimnya di tempat ketujuh dengan dua podium. Walaubagaimanapun, prestasinya merosot dalam dua musim berikutnya apabila hanya mengumpul 99 mata pada 2017 dan 2018.

Pada 2019, Bulega beralih ke Moto2 bersama Sky Racing Team VR46 dan menamatkan musim di kedudukan ke-17. Dia kemudian menyertai Federal Oil Gresini Moto2 pada tahun 2020 dan berada di tempat ke-20 sebelum menamatkan musim 2021 di kedudukan ke-26. Selepas itu, kariernya dalam perlumbaan prototaip berakhir buat sementara waktu dan dia mengambil peluang untuk membina semula namanya dalam Kejuaraan Dunia SuperSport (WorldSSP).

Langkah tersebut ternyata menjadi titik perubahan besar buat Bulega bersama pasuka Aruba.it Racing WorldSSP Team di mana dia meraih sembilan podium pada musim 2022 sebelum tampil dominan pada 2023 dengan mencatat 16 kemenangan daripada 24 perlumbaan untuk muncul juara dunia. Kejayaan itu turut memberikan Ducati gelaran pertamanya dalam WorldSSP dan membuka laluan Bulega ke WorldSBK pada 2024.

Bulega terus mencuri perhatian dalam WorldSBK apabila memenangi perlumbaan pertamanya di Phillip Island pada musim debut dan menamatkan kejuaraan di tempat kedua dengan enam kemenangan. Pada tahun 2025, dia sekali lagi muncul sebagai pencabar utama kejuaraan dengan 14 kemenangan dan hanya empat kali gagal menaiki podium. Musim 2026 pula menyaksikan prestasinya mencapai tahap luar biasa apabila dia mencipta rekod 21 kemenangan berturut-turut pada awal musim dan kini memburu gelaran dunia WorldSBK pertamanya.

Persembahan tersebut akhirnya membuka semula pintu MotoGP buat Bulega. Selepas diberi peluang menggantikan Marc Marquez di GP Portugal dan Valencia di penghujung musim lalu serta mengutip mata dalam kedua-dua perlumbaan, dia kini disahkan menyertai VR46 Ducati untuk tahun 2027. Bulega juga mempunyai pengalaman sebagai pelumba ujian Ducati dalam program pembangunan motosikal baharu 850cc yang akan digunakan selepas perubahan peraturan teknikal MotoGP. Menariknya, dia bakal kembali bekerjasama dengan VR46 yang merupakan pasukan yang pernah menjadi sebahagian daripada permulaan kariernya. RR

Popular

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.