Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788
Selain melancarkan Falcon 180, Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.


Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan warna Cyber Yellow pada badan skuter ini bersama rim berwarna emas. Nova 200 SE turut didatangkan visor hadapan yang berbeza serta grafik khas bertulis Limited Edition bagi membezakan model ini daripada Nova 200 standard. Terapat juga emblem Limited Edition yang memaparkan nombor pengeluaran.


Walaubagaimanapun dari segi spesifikasi lain masih sama iaitu enjin satu silinder 183.3cc, SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 18hp pada 8,000rpm dan tork 17.6Nm pada 5,500rpm.


Nova 200 Special Edition juga dipadankan dengan sistem brek cakera serta sistem ABS dua saluran dan traction control sebagai ciri keselamatan. Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik manakalan belakang jenis penyerap hentak berspring bersama sub-tank.


Ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter digital bewarna, tangki 10 liter, ruang simpanan bawah pelana, berat 112kg, tinggi pelana 778mm, tayar hadapan 100/80-14, tayar belakang 120/70-14, jarak roda 1370mm, sistem kunci pintar serta soket USB Type-A dan Type-C.


Aveta Nova 200 Limited Edition hanya ditawarkan sebanyak 1,688 unit sahaja dan harga asas bermula RM8,788. RR




