Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara
Baru-baru ini pihak Mforce telah mengadakan program Proof of Concept (PoC) bersama-sama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan tiga jenama terdiri daripada CFMOTO (1250 TR-G), Moto Morini (Xcape 1200) dan Brixton (K750GT).

Antara ketiga-tiga model tersebut, hanya CFMOTO 1250 TR-G dan Moto Morini Xcape 1200 dipasarkan di Malaysia manakala status untuk Brixton K750GT masih menjadi tanda tanya.
Terkini, pihak Mforce menyatakan bahawa model tersebut akan diperkenalkan ke pasaran negara pada Suku Pertama tahun hadapan (2027). Lebih menarik, harga jualannya dijangka di bawah RM40,000.


K750GT disempurnakan dengan enjin bersesaran 730cc, sistem sejukan cecair, 2 silinder sebaris, DOHC yang menawarkan hantaran kuasa sekitar 70 hingga 82 hp @ 7,500 hingga 8,500rpm (bergantung pada pasaran tempatan) dan tork 67 to 70 Nm @ 6,500 hingga 7,100rpm

Model ini juga hadir dengan sistem transmisi 6 kelakuan dan kemampuan memecut sehingga 205km/j (128bsj). Terdapat 2 varian pilihan iaitu GT dan Sport yang mempunyai beberapa perbezaan seperti saiz tangki dan berat keseluruhan.
Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini ialah sistem TPMS, Traction Control, ABS, Mod Tunggangan, sistem Connectivity dan Auto Cruise.


Pastinya model kembara mewah, CFMOTO K750GT ini mempunyai ramai peminat ya dan menunggu ketibaannya. RR
Popular




