Yamaha RXZ Winter Ride ke China

Bagi pemiilik sebuah motosikal, pastinya bermina untukt menunggang bersama motosikal kesayangan pada jarak yang jauh, lebih teruja bila dapat melakukannya di luar negara. Bagi penunggang jarak jauh tempatan, Thailand adalah destinasi pilihan paling digemari kerana mempunyai keluasan berganda untuk diterokai. Selain itu kembara ke negara luar dapat merasai pengalaman dan budaya berbeza.
Setelah sekian lama Thailand menjadi destinasi utama, semakin ramai penunggang jarak jauh berusaha untuk sampai ke destinasi lebih jauh sebagai contoh Laos, Cambodia dan ataupun Vietnam untuk merasai pengalaman yang lebih unik dan mencabar. Beberapa tahun yang lalu, China telah mula memberi kemudahan kepada penunggang dan pemandu untuk menjelajah ke negara yang sangat luas itu menurut syarat yang dibenarkan.
Antara syarat yang dikenakan oleh China yang menunggang motosikal atau memandu kereta bersendirian untuk melepasi sempadan hendaklah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan yang dilantik secara sah.
Kumpulan penunggang Motosikal RX-Z diketuai oleh saudara cip Aziz bersuara untuk mengadakan kembara motosikal itu ke negara China dengan perbelanjaan paling minimun dan pergerakan yang minimal. Seramai 44 penunggang motosikal RX-Z yang terdiri dari seluruh semenanjung Malaysia dan juga lima motosikal bebas telah bersepakat untuk tujuan tersebut. Termasuk aku bersama mereka yang menunggang Triumph scrambler 400 X akan menyertai XPDC tersebut selama 15 hari ke China.
Matlamat utama adalah untuk menunggang motosikal sehingga menyentuh Salji di kawasan pergunungan China dan juga melawati laluan menarik di G318. Sebuah jalan pergunungan Yang merentasi Barat ke timur negara China Sejauh lebih kurang 5000 km. Menurut jadual yang telah disediakan menunggang di China sekitar 3000 km yang akan berlangsung sekitar 10 malam di negara tersebut, dua malam di Laos, satu malam di hotel Thailand (Danuk), 48 jam di atas bas di negara Thailand.
Pengangkutan perantara digunakan semasa di Thailand, di mana motosikal akan dimasukkan di atas Lori, manakala peserta akan bergerak bersama bas ke destinasi dari Danuk hingga ke Chiang Rai sejauh hampir 2000km. Begitu sewaktu pulang nanti. Dengan cara tersebut ia dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan dan juga lebih rehat dan kurang risiko. Cara tersebut juga semakin digermari oleh penunggang jarak Malaysia untuk lebih meneroka di kawasan utara Thailand.
Pada 19 Disember 2024 kami memulakan perjalanan menunggang motosikal masing-masing daripada Kuala Lumpur menuju ke utara Malaysia sehingga memasuki ke negara Thailand dan bermalam di Danok. Pada malam itu juga motosikal kami terus disusun ke atas lori dan keesokan pagi kami bersedia menaiki bas yang telah di susun cip aziz ke destinasi Chiang Rai mengambil masa selama 48 jam dan singgah di destanasi pelancongan floating market pinggiran Bangkok.
Kehidupan di dalam bas yang amat jarang dirasai lebih lagi sebagai penunggang motosikal, rupanya amatlah begitu mencabar, haha. Lebih-lebih lagi ia mengambil masa yang begitu panjang termasuk beberapa jam tersadai akibat kerosakan bas, namun pemandu bas lebih cekap untuk membaiki dan memberhentikan bas di sebuah restoran halal tepi jalan. Lebih baik dari tersadai gelap di laluan yang kosong.
Walau tidak begitu selesa, namun ia memberi pengalaman unik selain kemesraan mampu terjalin erat oleh kerana kami ramai tidak mengenali antara satu sama lain.
Setibanya kami di Chiang Rai dan motosikal masing-masing telah selamat diturunkan, kami terus menuju ke sebuah sekolah anak-anak muslim Civilizepittaya Schooldi sebuah perkampungan muslim pinggiran Chiang Rai. Selepas nya kami bergegas menuju ke sempadan Thai/Laos dan terus menguruskan kemasukan ke Laos untuk bermalam di Huay Xai.
Sampai di Chiang Kong sekitar jam 08:00 malam. Pegawai imigresen Thailand pada mulanya tidak membenarkan kami untuk melepasi sempadan pada malam tersebut kerana para pegawai imigresen dan kastam telah bersiap untuk pulang sedangkan kami begitu ramai untuk pemeriksaan terutama bagasi begitu banyak sudah pasti mengambil masa yang lama. Motosikal RX-Z memerlukan bekalan 2t secukupnya kerana di Laos dan China tidak dapat bekalan tersebut. Oleh sebab itu kami membawa bekalan 7-10 botol seorang termasuk alat-alat ganti yang penting yang di kongsi susun atur sesama mereka. Bagasi tersebut di bawa kenderaan sewa khas bersilih ganti dari KL lagi sehingga melepasi Laos hingga ke China.
Setelah berunding Akhirnya Kami diperiksa dan mendapat pelepasan melepasi sempadan Thailand ke Laos. setibanya kami di Laos imigresen telah hampir tutup dan mana mungkin kami seramai itu dapat berurusan untuk pelepasan keluar sempadan. Syukur dan terima kasih pihak imigresen dan kastam Laos mempermudahkan urusan dengan bantuan pihak agensi yang dilantik. Pada malam tersebut kami tiba di hotel yang tidak jauh dari sempadan sekitar sekitar 10:00 malam.
Keesokan selepas bersarapan di hotel, cabaran menunggang motosikal di laluan menuju ke Boten bermula sejauh 220 km di mana laluan tersebut selain berliku-liku dan menempuhi kampung-kampung di kiri kanan jalan memaksa kami sangat berhati hati menunggang motosikal di kawasan tersebut kerana anak-anak suka bermain di tepi jalan selain daripada terdapat banyak jalan yang rosak teruk. Cabaran utama adalah dari Luang Namtha menuju ke Boten sejauh 55 km laluan yang sangat teruk mencabar lagi berdebu. oleh kerana kenderaan-kenderaan berat dari China menggunakan laluan tersebut menuju ke Vientianne, ibu negara Laos. Bagi anda yang suka pada cabaran menunggang motosikal, menunggang di Laos adalah satu yang perlu masuk dalam bakul impian anda.
Walaupun impian kami untuk menunggang melihat pergunungan bersalji di China, Laos adalah negara yang perlu dilewati untuk sampai ke China…haha…hadaplaa mahu atau tidak. Perjalanan di laluan Laos sejauh 220 km mengambil masa sekitar Lapan jam, kami seramai 49 penunggang selamat sampai di Borden sekitar 3 petang.
Tiada masalah Pemeriksaan di Imigresen Laos sebaliknya TIDAK di imigresen China. kami di periksa teliti dan ketat oleh pihak imigresen dan kastam, setiap motosikal dan beg menjalani ujian ketat sehinggakan operasi sempadan tutup 06:00 petang. Syukur setelah beberapa jam berada di pos imigresen Mohan kami selamat melepasi sempadan dan mencatat sejarah peribadi kami sampai ke China melalui jalan darat bersama motosikal lebih-lebih lagi RXZ merupakan motosikal two stroke yang pertama menjejaki tanah besar China, syabas diucapkan. Kami bermalam di hotel Mohan Port tidak jauh dari sempadan. Suhu Pada malam Tersebut Agak sejuk Sekitar 14°C. Terdapat restoran Halal Muslim untuk kami menikmati hidangan pada malam itu.
Selepas sarapan pagi ala China dinikmati di restoran hotel, kami bersiap menuju ke pejabat Polis trafik tempatan untuk mendapatkan Lesen atau Permit sementara memandu China. Pihak agensi Yang dilantik telah menguruskan hal tersebut Termasuk Permit Khas Untuk menunggang Motosikal di Lebuhraya China di mana motosikal di lebuh raya adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali di China.
Selain Ketua dan Sweeper bermotosikal , Pihak agensi juga menyediakan kenderaan tambahan untuk pengisian bagasi dan juga treler untuk kemudahan mengangkat motosikal yang rosak jika perlu dan sememang untuk kumpulan amat berguna. Kami juga membawa bekalan makanan dan alatan memasak camping untuk kemudahan segera sekiranya di kawasan rehat agak sukar mendapat makanan halal.
Pada hari pertama berada di Lebuhraya China selatan menuju ke utara yang dikatakan baharu disiapkan begitu sempurna dan moden. terdapat banyak terowong dan jambatan yang menghubungkan dari Bukit ke bukit seakan teknologi atau kemajuan tersebut begitu mudah dilaksanakan mereka. maka tidak hairan China mendapat tempat untuk pembinaan jambatan begitu juga bangunan di negara-negara yang membangun seperti Malaysia.
Kerosakan motosikal yang pertama adalah piston bobos atau bocor, terus diangkut dengan kenderaan trailer dan dibaiki di kawasan rehat. Dengan bantuan ramai peserta yang sememangnya mekanik terlatih, kerosakan tersebut selesai dan dapat meneruskan perjalanan.
Antara tarikan yang kami dapat adalah sewaktu melewati laluan kampung pada hari ke 3 di China dari Puer ke Dali yang menawarkan permandangan unik kawasan pertanian Selatan China. Petrol mudah didapati di stesen utama, namun sehingga beberapa hari kami perasan bahawa pekerja di sesebuah stesen adalah tidak melebihi tiga orang. Kebiasaannya memang dua orang sahaja. Harga petrol ron95 di china menurut kawasan setempat purata rm5 seliter.
Kami juga perasan bahawa penggunaan kenderaan di lebuh raya adalah pada kadar yang sangat kurang. Anda boleh saksikan rakaman video yang aku muatnaikkan di Youtube ‘jiwabasikal dan rayau’. Selain itu di pinggiran atau di perkampungan, kebanyakan toilet membuang air besar adalah TIDAK BERPINTU…hehe itu adalah kenyataan yang perlu kami hadap. Barangkali perlu membuka payung jika ada antara kami untuk melaksanakan tujuan tersebut.
Antara laluan lebuhraya yang menarik ketika menuju ke Dali di mana mula nampak perubahan pada suasana yang semakin kering dan bukit tanah dan berbatu kasar. Suhu pula semakin menuju ke utara semakin sejuk sehingga pada hari dan malam untuk sampai di bandar Shangrila kami terpaksa menempuhi suhu malam dan berada di atas motosikal sehingga -2 darjah celcius. Mujur cip Aziz memaksa kami membeli sarung tangan pemanas dilengkapi bateri boleh caj. Dekat Malaysia rasa lucu, sampai di lokasi ia lebih pada keperluan. Kalau dapat nak pakai 2 lapis. Aku pun tak berapa lapis baju yang kami sarung pada malam tersebut termasuk dilapisi dengan Baju Hujan dibekal oleh FTG Racing yang amat berguna tepat pada waktunya menepis angin dan di Laos ada yang pakai menepis DEBU.haha
Kesejukan pada pagi berada di Shangrila melangkau -7celcius sehinggakan pihak agen menyediakan sarung tangan tambahan berbayar sekitar rm60, sejenis sarung tebal yang kekal pada motosikal. Sesetengah motosikal sedikit sukar untuk dihidupkan dan baki air minuman yang tertinggal pada motosikal beku bertukar ais.
Hasil perbincangan kami dan agen, hasrat untuk ke laluan G318 akan dibatalkan kerana cuaca terlalu cantik dan mendapati tiada salji atau ais sekiranya kami sampai ke sana yang mengambil masa yang lebih panjang sekitar 500km ke Batang.
Laluan kami ditukarkan ke laluan G214 yang tidak kurang menariknya dan lebih pendek perjalanan dan lebih kemungkinan bertemu salji atau ais. Shangrila itu sendiri telah berada pada ketinggian 3300 meter dari aras laut dan laluan ke pergunungan sempadan Tibet G214 akan melewati laluan tertinggi sehingga 4292 meter dari aras laut iaitu melebihi ketinggian Puncak Gunung Kinabalu 4095 meter. Pada aras tersebut semua motosikal termasuk RXZ yang menggunakan karburetor masih kekal beraksi dan sedikit bilangannya terasa sebu. Tahap oksigen pada aras tersebut sememangny tipis dan kami rasa sedikit kesukaran untuk bernafas seperti normal.
Laluan ke Deqin laluan G214 sehingga menghampiri sempadan Tibet memang begitu memukau dan mengasyikkan yang sangat berbeza dengan suasana di negara khatulistiwa lebih lagi bila melihat gunung2 batu tinggi yang bersalji kekal di puncaknya.
Menuju ke laluan tertinggi di G214 tersebut kami bertemu ais atau salji yang masih kekal dan mengambil peluang bermain dan mengambil kenangan bersama motosikal yang telah berjaya mencapai perjalanan sejauh ini. Alhamdulillah Syukur. Namun keseronokan harus lebih berhati terhdap laluan yang berais, di mana lopak berair ia akan membeku membentuk ais yang licin termasuk laluan yang lembap berair. Tiga antara telah jatuh sewaktu menunggang akibat jalan licin. Namun tidak begitu serius dan selamat untuk kembali menunggang.
Di kawasan pergunungan lokasi penginapan adalah bandar pelancongan Deqin, sekiranya mempunyai waktu yang panjang banyak aktiviti boleh dilakukan termasuk bermain Ski di puncak yang atau lokasi yang tersedia. Suhu malam ke awal pagi sekitar-3c ke 3 celcius dan terdapat beberapa restoran halal di sana.
Kami kembali bermalam di Shangrila selepas turun dari kawasan pergunungan dan Menuju ke Lijiang sekitar dalam 250 km untuk mendaki ke Paras lebih tinggi sehingga kaki menjejak ke aras 4680 meter aras laut.. Jadi berpeluanglah kami mengambil jalan ringkas cepat merasai pengalaman berada seperti paras Gunung Kinabalu malah lebih 500 meter dari itu.
Nama puncak tersebut dan dikenali sebagai kawasan pelancongan terkenal iaitu puncak Jade Dragon Snow Mountain yang mempunyai ketinggian 5596 meter dan platform tertinggi yang ada setinggi 4680 meter yang boleh di capai menggunakan kereta kabel sehingga ketinggian 4300 meter dan selebihnya naik menggunakan tangga kayu yang luas dan selesa.
Bermalam di hotel Kunming berdekatan dengan kawasan pasar mala, ia beri peluang kami untuk bersiar-siar dan membeli-belah serta menikmati hidangan jalanan. Suhu masih sejuk sekitar 6 celcius pada malam tersebut dan berlarutan pada keesokan pagi untuk meneruskan perjalanan panjang 550 kilometer ke Kunming dan mendapat kebenaran sepenuhnya untuk bergerak di lebuhraya sekitar kelajuan 110kmj sehingga 130kmj.
Kami tiba di pinggiran bandar Kunming sekitar jam 5 petang dan berada pada waktu puncak warga Kunming pulang dari tempat kerja. Sempatlah menerima juadah kesesakan di Kunming yang mempunyai kepesatan 8.5 juta penduduk itu. Berita baik apabila pihak Yamaha Kunming menjemput kami sempena meraikan Yamaha RXZ ke China merupakan satu SEJARAH atau REKOD TERCIPTA dan ingin melihat sendiri jentera RXZ yang terkenal di Malaysia tetapi tidak wujud dan kelihatan di negara China. Yamaha Kunming sanggup menunggu walaupun sedikit kelewatan sampai ke lokasi. Agak terharu apabila tersedia kain rentang berbahasa China dan tertera perkataan RXZ seperti mengalu-alukan kehadiran motosikal tersebut dan juga diraikan bersama hidangan ringan.
Pada malam tersebut juga kami mengadakan jamuan besar dan cabutan bertuah sesama sendiri di restoran hotel penginapan berupa hadiah yang akan di edarkan di Malaysia nanti.
Keesokan hari yang kesembilan berada di China dari Kunming menuju ke Jinhong sejauh 540km dan suhu semakin meninggi sehingga 18 celcius serta hutan kembali menghijau seakan kami semakin hampir menuju negara tropika. Bandar Jinhong terletak di selatan Yunnan Province mempunyai rekaan bandar dengan bangunan unik dan selesa untuk dilawati.
Penghujung perjalanan kami adalah menuju semula ke Mohan sekitar 200 kilometer dari Jinhong dan cuba sepantasnya untuk urusan imigresen dan kastam supaya kami dapat keluar seawal mungkin menuju terus dari Mohan ke Huay Xai, Laos sejauh lagi 220 km. Kami selesai keluar dari China sekitar jam 03:00 petang di Boten. Mahu tidak mahu Kami harus sampai diHuay Xai pada malam itu juga. Supaya kami Dapat Menggunakan perkhidmatan penerbangan di Thailand menuju ke Hat Yai pada waktu yang telah kami tempah lebih awal.
Menunggang malam di laluan Laos dengan laluan yang sukar dan berselekoh merbahaya, amat tidak digalakkan, lebih lagi suhu sejuk menurun hingga 14celcius. Namun kami bergerak secara kumpulan-kumpulan kecil menuju ke Penginapan di Huay Xai. Seorang antara kami menerima nasib malang terjatuh akibat terlanggar lubang dalam kegelapan. Syukur alhamdulillah, tidak malami kecederaan dan kerosakan motosikal yang teruk. Kumpulan terakhir yang sampai di penginapan 12:00 malam.
Perpisahan bermula sebaik sahaja kami keluar dari Laos dan melepasi pos imigresen Thailand. Syukur proses keluar Laos dan masuk semula ke Thailand berjalan dengan lancar dan semua bagasi selamat dipindah masuk kedalam pengangkutan yang telah diaturkan. Manakala peserta RXZ akan menuju ke Chiang Mai untuk dibawa naik ke lori diangkut terus menuju ke Lapangan Terbang Hatyai. Para peserta dari Chiang Mai menggunakan beberapa Van menuju ke Lapangan Terbang Bangkok seterusnya menggunakan penerbangan terus ke Hatyai.
Abang Zam dan Badus, dua buah BMW GS akan meneruskan perjalanan sendiri ke Malaysia, Sebuah CF Moto Mali Joe dan Aku Triumph Scrambler akan bergerak secara solo merayau di sekitaran Thailand menuju pulang ke Malaysia
Tidak dapat untuk cerita secara terperinci untuk membayangkan dengan tepat perjalanan epik ini. Paling sesuai adalah anda menyimpan sendiri impian untuk merasai sebuah kembara atau ekspedisi yang mungkin menjadi sekali untuk sepanjang kehidupan oleh kerana ia memerlukan masa yang panjang dan juga perbelanjaan yang tinggi sekitar melebihi rm10k dan 15 ke 18 hari yang tersusun kemas.
Pengalaman menunggang di tempat yang sejuk, seminggu kami berada pada paras paras beku, sejujurnya amat menyiksa tetapi terkawal demi sebuah pengalaman beharga dan unik yang tidak akan dirasai ditempat kita. Segala kesukaran, segala pengorbanan dan segala pergerakan bukan sahaja terbayar dengan keseronokan menunggang jauh yang mencabar minda dan fizikal serta dapat melihat sendiri keindahan ciptaan Allah yang begitu indah dan menakjubkan tetapi semangat setiakawan dan perhubungan persahabatan dapat dieratkan sesama yang pergi tidak mengenali sesama akhirnya menjadi tali persahabatan setiakawan yang amat mesra selepas pulang dari perjalanan ini. RR
- Pak Sheikh Jiwarayau
Info: Untuk kemasukan ke China menggunakan kenderaan wajib mengguna agen pelancongan yang dilantik kerajaan China dan kos adalah tinggi, untuk yang seramai 49 orang pun sudah melebihi RM6000 ke RM7000 perbelanjaan Hotel (termasuk sarapan) dan Agen. Kos petrol, makan dan kos kereta kabel mendaki Gunung Dragon Jade sekitar RM800 ke RM900.
Berikut adalah Jadual perjalanan kami di Negara China Melibatkan sekitar 2500 km Sehingga Menuju ke sempadan Tibet /Myanmar.
- Bukit Beruntung-Danok
- Danok-Pinggir Bangkok-Chiangrai (48jam 2k km atas bas)
- Chiang Rai -Hua Xai Laos
- Hua Xai - Mohan
- Mohan - Puer
- Puer - Dali
- Dali - Shangrila
- Shangrila - Deqen (sempadan tibet)
- Deqen- Shangrila
- Shangrila - Lijiang
- Lijiang - Kunming
- Jinghong - Hua xai