Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Kemalasan adalah satu jenis penyakit yang akan buat kita jadi lemah dan hanyut apabila menunggang dalam kesesakan lalu lintas. Tapi itulah realitinya kadang kadang….."Nevermind lets ride". Berpegangkan tema di mana bumi di pijak di situ kami ride kali ini, trip seterusnya adalah ke Pulau Jawa, Indonesia di mana targetnya adalah Loop Jakarta – Bandung sejauh 700km. Setelah beberapa kali meredah Vietnam, kali ini kami kembali ke Indonesia negara jiran kita.
Kami yang terdiri dari 7 org rider biasa-biasa aje dari Malaysia bertolak dari KLIA2 pada pagi Jumaat yang telah mendarat di Lapangan Terbang Suharto Jakarta pada 9.00am waktu tempatan. Memang telah dirancang sebaik sahaja mendarat kami terus ke lokasi sewa motor iaitu Cakerawala Rental, Jakarta dengan purata sewa RM50 sebijik motor yang terdiri dari Yamaha Xmax, Honda ADV, Honda SPX dan Honda Vario.
Memamg mantap walaupun ada kekurangan sana sini maklumlah motor sewa kan ada yang sesuai dan ada yang tak berapa sesuai tapi takpe kami rider mantap ok je. Sebenarnya setelah menjelajah beberapa negara, kami sedar bahawa untuk betul-betul feel merasai negara tersebut membawa motor adalah yang paling asli perasaannya kerana semuanya di tangan anda.
Tiada driver, tiada tourist guide, tiada apa..yang ada adalah tangan dan kaki anda mengendali motor dan seluruh pancaindera untuk exploring tanah dan suasana negara tersebut. Erti kata lain… "Its all your decision and free as you can be to embrace the country".
Hari Pertama – Jakarta ke Majalengka (230km)
Sebaik sahaja menjejaki kedai sewa tersebut, kami dengan teliti memeriksa motor masing-masing supaya jika apa apa berlaku kami telah bersedia dan tanggungjawab. Yang pasti, kami sangat teruja and ready untuk menjelajah loop yang telah kami rancang ini. Rasanya penuh cabaran dan keseronokan menanti kami disetiap selekoh dan jalan lurus.
Kali ini izinkan penulis kenalkan kami yang terdiri dari 7 orang riders yang serba rendah diri dan masih banyak milage untuk kami buktikan untuk menjadi seorang riders yang serba boleh. Secara rawak, kami sebenarnya telah sama-sama menjelajah negara asia terutama Indonesia itu sendiri dan juga Vietnam.
Negara pilihan kami selalunya yang belum diterokai dan kami cuba pilih route yang sangat jarang digunakan dan RARE, dalam ertikata lain bukan tourist destination. Kami nak jadi the 1st Malaysian dimana saja route yang kami terjah jika mampu haha. Baiklah, hari ini kami bergerak tepat pukul 10.30am waktu Indonesia menuju ke luar Jakarta iaitu bandar Majalengka yang sejauh 210km dan dijangka perjalanannya akan memakan masa selama 7 jam.
Kenapa ya lama betul?....nantikan jawapannya. Namun begitu destinasi pertama kami adalah isi minyak dahulu dan keluar dari macet bandaraya Jakarta ini. Di Indonesia harga minyak adalah lebih kurang RM5 seliter dan pastinya akan beratur panjang. Ok, setelah kesemua jentera dipenuhi minyak kami bergerak. Memang giler, jem memang teruk ditambah oleh traffic light, simpang dan construction..macet bangat. Di beritakan penunggang motor di Jakarta berjumlah 17 juta dan 65% dari jumlah kenderaan. Memang luar biasa.
Tanpa di duga atau diduga salah seorang dari kami telah terpisah dari convoy dan perlu diselamatkan haha. Bagi kami itu perkara normal dan SOP telah disediakan untuk menghadapi situasi begitu Cuma waktu ride kami akan bertambah sedikit. Baiklah, waktu untuk lunch!. Kami berhenti makan di Payakumbuah Nasi Padang. Enak juga dan dapat fresh up untuk sambung ride.
Jam menunjukan 1.54pm dan kami teruskan perjalanan. Setelah lebih kurang 40km meredah kesibukan dan kekalutan bandaraya Jakarta..kami mula memasuki kampung dan jalan agak tenang dan pada jam 3.26pm kami singgah di kampung Karawang untuk beramah mesra dengan penduduk kampung dan istirehat. Suasana kampung ditepi sungai dan deruan angin menyegarkan kami. Kami memang sengaja mencari route yang bukan jalan utama supaya dapat merasai sebenar tanah bumi Indonesia sebagai pengembara beroda. Tempat rehat kedua kami pada hari ride pertama ini adalah Masjid Al Musabaqah, Subang. Alhamdullilah selesai solat dan rehat di sini.
Pukul 5.50pm kami bergegas lagi kerana ada lagi 70km namun disini kami dihimpit dengan traffic yang agak luar biasa kerana waktu ini pekerja kilang keluar balik yang sangat sesak..perghhh luarbiasa traffic motornya ratusan macam serangga. Waktu telah menunjukan hampiri magrib apabila kami singggah di kampung Cikamurang, Kabupaten untuk mengisi minyak dan rehat sebentar.
Sebenarnya kami cuba mengelak untuk ride waktu malam tapi jika terpaksa kami akan lebih berhati hati kerana risikonya jalan telah mula gelap dan badan sudah mula sangat penat. Tambahan pula kita berada di negara orang yang tidak pasti keadaan diwaktu malam lebih merbahaya. Nasihat kami cuba elak kecuali terpaksa. Namun begitu dengan penuh keriangan dan kepenatan.
Tepat jam 830pm kami sampai di Hotel Bima Majalengka dengan selamat….fuhhh alhamdulilah time to fully rest and chill. Malam itu setelah mandi, fresh dan recharge kami bersantai santai ronda bandar Majalengka dan kami rekomen makan di restoren Nasi Ayam Penyek Surabaya sungguh enak dan menyelerakan. Tak rugi jika try. Ok malam telah menjelmakan diri, singgah terakhir kami sebelum pulang ke hotel adalah di Indomart Majalengka untuk membeli barang barang makan serba sedikit. Selamat malam…
Hari Kedua – Majalengka ke Bandung (225km)
Selamat Pagi semua! Mulakan dengan sarapan di hotel dan bersedia lagi dengan jentera masing-masing. Singgahan pertama kami untuk bergambar kenangan adalah bulatan ala Universal Studio Majalengka, kemudian pastinya isi minyak lagi. Destinasi utama kami hari ini adalah puncak Terasering Panyaweuyan, adalah tarikan pelancong juga kerana berada di kawasan pertanian tinggi yang indah dikelilingi oleh tanaman seperti bawang, lobak dan padi, sangat mirip dengan terasering yang ada di Ubud, Bali. Lama juga kami menghabiskan masa disini untuk bergambar dan bersuka-suka.
Kami meneruskan lagi perjalanan untuk hari ini dengan jarak yang perlu dihabiskan menuju ke bandar Bandung sejauh 225km yang rata-rata melalui kampung-kampung dan jalan jalan kecil. Menuruni dari Terasering kami mencelah-celah jalan denai antara kampung kampung kecil dan rumah kampung. Indah dan memang pengalaman ride yang berbeza.
Tambahan pula tiba-tiba adanya penutupan jalan utama kerana penambahbaik jalan kami masuk kawasan hutan dan kampung asli dalaman namun begitu kami tetap mengikut jadual dan akhirnya singgah di tempat yang memang kami tuju iaitu di Jahim Pass @warung Abah Magrib.
Di sini memang tempat concoy-convoy motor singgah dan berehat kerana banyak geng-geng motor Indonesia kami terserempak. Berehat lebih kurang dan beramah mesra dengan geng-geng motor Indonesia kami teruskan perjalanan. Jalan semakin sibuk kerana menuju ke Bandung dan banyak kali juga tersekat sekat kerana ada banyak kenderaan dan ada juga majlis kenduri kahwin! Haha.
Lagi lebih kurang 80km ke Bandung kami singgah lagi untuk makan iaitu di Pak Sep Stroberi yang agak menarik dan indah restoren ini kerana ditepi sawah berbukit dan tempat makan ala-ala instana lama kami semua bersila sambil makan. Setelah puas rehat dan segar perjalanan terakhir hari ini diteruskan dan pastinya semakin sibuk dan mencabar. Memang banyak kenderaan dan motor serta lori dan perbagai dan convoy kami kena terus utuh dan tenang kerana tidak mahu terputus dan sesat.
Sebaik sahaja memasuki kawasan pusat bandar Bandung memang sesak dan kelam kabut. Kami ibarat berperang dengan kenderaan lain dan skill mencilok dan merempit diperlukan dinsini…Akhirnya sebaik azan magrib kami tiba dengan selamat di homestay Griya Cakara, Bandung. Masa untuk mandi dan rehat! Waktu malam pula kami keluar bersiar-siar di kota Bandung dan kami rekomen pergi ke Braga Street, meriah dan happening di sini. Sampai larut malam pun masih ramai pengunjung.
Sebenarnya Bandung ini agak tinggi juga kawasan nya so apabila malam suasananya agak nyaman dan segar dan sesuai untuk keluar libur-libur. Apabila malam telah lewat kami pulang ke homestay dan pastinya tidur dengan nyenyak dan bersedia untuk ride esoknya.
Hari Ketiga – Bandung ke Jakarta (180km)
Rise and shine riders! Pagi ini setelah sarapan lebih kurang di homestay kami terus pecut ke destinasi pertama di kota Bandung iaitu Pasar Baru untuk membeli barang-barang ingatan untuk keluarga tersayang. Suasana masih pagi dan belum sibuk jadi kami terus sambung untuk makan tengahari skali disini. Meninggalkan kota Bandung jalan kembali makin sesak dan terus sesak.
Waktu cuti hujung minggu ini kenderaan makin banyak kerana rakyat tempatan turut keluar untuk bersiar-siar. Kami target untuk menuju ke puncak Bogor hari ini sebagai destinasi menarik yang terakhir ride Loop Indonesia kami. Namun begitu kami sempat membuat lencongan menaiki bukit berhutan untuk merasakan suasana hutan yang nyaman di Loji Gas Asli PERTAMINA di Karaha, Bodas.
Keluar dari sini kami terus menuju ke kawasan tinggi Bogor dan berhenti makan di Warung Sumber Rezeki , Ciawi Bogor. Sebenarnya ride kami kali ini memang lain dan mencabar. Sesiapa yang telah melaluinya dan merasai “MACET” di bandar besar seperti Jakarta akan memahaminya. Memang giler dan luarbiasa. Kami terus terang merasakannya apabila terperangkap dalam jem yang sangat teruk apabila turun dari Bogor.
Bayangkan jarak 12km mengambil masa 1 jam!. Motor pun jem. Disini juga cabaran untuk berconvoy bersama-sama teruji. Di sini kami terpisah kerana tidak mampu lagi bersama dengan keadaan jem dan sesak yang teramat giler. Tapi dengan pengalaman yang ada dan persedian awal yang kami semua telah biasa kami dapat berkumpul semula. Antara tips yang wajib kami amalkan adalah senantiasa pastikan battery phone penuh dan jika motor mempunyai USB untuk charge lagi bagus.
Hp holder yang bagus juga amat penting dan kebolehan ride sambil boleh baca maps juga perlu. Jika mampu pastikan helmet rakan rakan convoy dikenal pasti supaya senanguntuk dicam serta memakai baju seragam yang sama juga membantu.
Tepat jam 9.34pm waktu tempatan kami mencecahi destinasi terkhir kami iaitu Sun Rise Hotel, Kuningan Jakarta maka dengan itu lengkaplah pejalanana LOOP Jakarta Bandung kami sejauh 640km dan waktu ride (diatas motor) sejumlah 21 jam. Rakan- rakan ride kami terdiri daripada Faizal, Krell, Naj, Haqeem, Alee dan Syahrir masing-masing jelas kepuasan di wajah, another milestones telah tercapai. Satu lagi pengalaman luarbiasa terpahat di memori….apakah lagi detinasi dan loop yang bakal kami cipta? Insyallah…more to come. RR
- Zack Ahmad.
Popular