Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 10 Ogos 2016

Perjalanan 1001 Kisah Dari Pulau Pinang Ke London (Bhg.2): Negara 5 'Stan' Uji Mental & Fizikal

Pakistan sememangnya sebuah negara yang sangat indah, masyarakatnya peramah dan baik sekali. Ia langsung tidak seperti yang digambarkan oleh pihak media barat bahawa tempat ini berbahaya. Makanannya pula... cukup lazat! Dua minggu kami di sini kerana rasa seronok dan selamat!” komen En. Franky.

Kami melalui Lebuhraya Karakoram (KKH), merupakan salah satu daripada jalan berturap antarabangsa tertinggi di dunia. Ia menghubungkan daerah Xinjiang Uyghur, China dan Gilgit-Baltistan, Pakistan. Jalan yang amat mencabar ini cukup popular di kalangan para pelancong.

Keindahan pemandangan di Hunza Valley.
Keindahan pemandangan di Hunza Valley.

Dari Islamabad menuju ke sempadan China, En. Lee dan rakan-rakannya amat terkejut apabila tiba di sebuah kampung bernama Attabad. “Dalam peta menunjukkan terdapat sebuah jalan di sini tetapi apabila kami sampai, ianya kini bertukar menjadi sebuah tasik. Apa telah terjadi?”

Kami diberitahu oleh orang di sini bahawa perkampungan yang dimaksudkan itu kesemuanya telah ditenggelami air dan kini berada di bawah tasik itu. Kampung itu telah dilanda banjir besar dan tanah runtuh beberapa tahun yang lalu. Ia menyebabkan hampir 600 orang penduduk turut sama menjadi mangsa. Oleh itu untuk menghubungkan kawasan yang kini telah 'dipisahkan' oleh tasik baru ini, sistem bot terpaksa dilakukan,

Selepas mendaki Gunjerat Pass yang setinggi 5,000 meter dan bersalji, konvoi empat 'wira' ini tiba di negara China. Sekali lagi proses perlepasan pihak imigresen yang ketat melambatkan segala operasi, kira-kira empat jam. Keempat-empat mereka diminta menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan salah seorang di antara mereka hampir pengsan kerana terlalu sejuk dan masalah kekurangan oksigen di tanah tinggi.

Keadaan cuaca yang sangat sejuk memberi cabaran buat para pengembara.
Keadaan cuaca yang sangat sejuk memberi cabaran buat para pengembara.

“Mereka memeriksa dengan sangat-sangat teliti. Kemudian kami disuruh ke stesen pemeriksaan kedua yang berjarak 130 kilometer dengan menunggang motosikal dalam salji, turun bukit di waktu malam. Kami terpaksa mengikuti segala arahan kerana pasport masih berada di tangan pegawai yang bertugas. Saya bukan nak kejar mereka tetapi nak kejarkan pasport saya,” kata En Lim.

Mengejar van yang dinaiki para pegawai imigresen dalam keadaan licin dan gelap itu memang sangat berbahaya. Nasib baik En. Lim seorang penunggang berpengalaman – tiba di Kashgar dengan selamat. Pihak berkuasa di sana juga tidak mengiktiraf 'visa untuk motosikal Malaysia' atau ATA Carnet sebaliknya berkeras mahukan setiap daripada mereka membuat permohonan baru dengan bayaran USD800.

Frankie mencuba trompet gergasi.
Frankie mencuba trompet gergasi.

Ketika berada di Tashuargan, keadaan jalan semakin sukar kerana tanah runtuh dan hujan yang lebat menyebabkan hampir keseluruhan tempat dilimpahi tanah lumpur yang setinggi dada dan peha. Keempat-empat motosikal terpaksa diletakkan di atas kenderaan 4x4 diiringi oleh pihak tentera untuk meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu di Krygyzstan.

Masyarakat di sini gemarkan mee dan daging-daging bakar seperti satay yang memang cukup lazat. Suasana di bandar ini tenang dan sangat sejuk. Salji yang berada di hampir setiap kawasan berbukit menjadikan pemandangan di sini segar dan menenangkan.

Di sini juga pihak stesen minyak tidak membenarkan motosikal masuk ke dalam premis untuk mengisi petrol sebaliknya setiap penunggang perlu meletakkan motosikalnya di suatu tempat, berjalan ke kaunter untuk membeli minyak (diisi dalam teko) sebelum dituang ke dalam tangki.

Tugu simbolik memperingati pedagang-pedagang dari Timur Tengah yang melalui Silk Road di Xinjiang, China.
Tugu simbolik memperingati pedagang-pedagang dari Timur Tengah yang melalui Silk Road di Xinjiang, China.
Seringkali terserempak dengan sekumpulan biri-biri.
Seringkali terserempak dengan sekumpulan biri-biri.

“Kami berempat terpaksa menunggang di dalam negara yang sangat-sangat sejuk dan sangat cantik. Orang-orang di sana memang ramah dan baik. Kami semua cukup teruja dan seronok kerana cukup yakin kami adalah konvoi pertama penunggang motosikal di dunia yang pernah datang ke sini. Penduduk di sini hanya menggunakan kuda sebagai kenderaan pengangkutan.”

Dari Kyrgyzstan, konvoi meneruskan pengembaraan ke beberapa negara 'stan' lain seperti Tajikistan dan Kazakhstan yang mempunyai pemandangan gunung-gunung bersalji yang sangat indah sehinggakan mereka berhenti beberapa kali hanya untuk melihat alam yang terbentang luas ini.

“Kualiti petrol di negara-negara seperti Kyrgyzstan dan Tajikistan sangat rendah. Mungkin RON80, minyak tanah lebih bagus! Berasap! Ketika mula-mula menunggang motosikal dulu... Malaysia ketika itu (1960an) sudah menggunakan petrol RON85, bayangkan petrol yang digunakan di negara ini! Mujur motosikal kami tahan lasak... sangat tahan lasak.”

Negara 5 ‘stan’ menyajikan pemandangan yang indah.
Negara 5 ‘stan’ menyajikan pemandangan yang indah.
Kawasan yang segar dan nyaman. Rumput menghijau tetapi tiada pokok yang kelihatan.
Kawasan yang segar dan nyaman. Rumput menghijau tetapi tiada pokok yang kelihatan.

Stesen minyak di negara-negara ini juga masih mundur, seperti di Malaysia pada tahun 1960an. Untuk mengelakkan daripada masalah kehabisan minyak, En. Lim dan rakan-rakannya sentiasa membawa minyak simpanan sekurang-kurangnya tiga liter untuk setiap motosikal.

“Ketika berada di negara-negara 'stan' ini, jarak perjalanan yang dipaparkan di papan tanda menyebabkan kami semua macam nak 'gostan' kerana semua jauh-jauh belaka. Kalau di Malaysia, kita akan melihat papan tanda tertulis begini.... Seremban 112km, Ipoh 210km atau Johor Bahru 324km tetapi di Tajikistan, Next destination...900km, Next destination 2,300km... Motor pun takut nak start!”

Oleh kerana perjalanan sukar dan telah agak lama berjauhan dengan keluarga, ada di antara mereka yang hampir berputus asa dan tidak mahu menyambung perjalanan lagi.

“Saya akui ia memang sukar dan bersetuju membenarkan mereka balik semula ke Malaysia tetapi saya terus ingin menamatkan tujuan. Saya ke arah hadapan... dan mereka menuju ke arah bertentangan. Tidak lama kemudian, saya dihampiri oleh tiga buah lampu motosikal yang datang dari belakang. Saya tahu itu mereka... maka saya pun pecut lagi laju!” kata En Lim dengan ketawa.

“Mereka tanyakan mengapa saya pecut? Saya jawab... saya ingat orang jahat kejar, mana saya tahu itu awak mahu sambung jalan!”

Konvoi kemudiannya menarik nafas lega apabila tiba di Uzbekistan yang jauh lebih moden. Jalan di sini lebih baik, siap dengan terowong bawah tanah. Makanan di negara ini juga lazat dan sedap. Ketika berada di Tashkent (ibu negara Uzbekistan), En. Lim terlibat dalam kemalangan.

 Bagaikan ‘ayam dan itik’ apabila mahu bertanyakan arah.
Bagaikan ‘ayam dan itik’ apabila mahu bertanyakan arah.
Negara 5 ‘stan’ terkenal dengan produk-produk seramik.
Negara 5 ‘stan’ terkenal dengan produk-produk seramik.
Bergambar kenangan di salah satu monumen yang terdapat di muzium Amir Temur.
Bergambar kenangan di salah satu monumen yang terdapat di muzium Amir Temur.

Jenteranya dilanggar oleh sebuah bas menyebabkan En. Lim terpelanting ke dalam longkang manakala tulang rusuknya retak. Selepas mendapat rawatan dan memperbaiki motosikalnya, En. Lim menyambung pengembaraan dengan menelan 'pain killer' untuk mengurangkan kesakitannya.

“Kami kemudiannya memasuki Turkmenistan, sebuah negara yang tidak mempunyai papan tanda dan isyarat satelit. Ini kerana pihak Rusia dan China telah menutup ruang udara daripada dicerobohi oleh tentera Amerika. Terpaksalah kami menggunakan peta dan kompas untuk ke suatu destinasi.”

Untuk memudahkan perjalanan, mereka berempat terpaksa bertanya kepada penduduk tempatan arah jalan yang ingin dituju. Masalah bahasa bagaikan 'ayam dan itik' menyebabkan mereka beberapa kali tersalah arah dan terpaksa berpatah balik. Walaupun pemandangan cantik, masalah ketiadaan papan tanda ternyata melambatkan perjalanan.

Bila tengok papan tanda, rasa macam nak berpatah balik kerana jaraknya terlampau jauh.
Bila tengok papan tanda, rasa macam nak berpatah balik kerana jaraknya terlampau jauh.
Jarang sekali bertemu motosikal yang klasik dan besar seperti ini.
Jarang sekali bertemu motosikal yang klasik dan besar seperti ini.

“Di negara ini, kami hanya diberikan visa untuk lima hari. Impossible nak rentas padang pasir yang luas dengan masa sependek itu. Kami terpaksa lakukan juga. Untuk menyeberangi sungai, kami diarah membayar duit sebanyak USD7 serta duit subsidi petrol pelancong asing sebanyak USD27. Sekali lagi kami perlu membayar USD7 untuk menyeberangi sebuah lagi sungai yang berada di dalam laluan kami. Ketika menghampiri sempadan, barulah kami ternampak papan tanda 'IRAN'. Lega!”

Lega rasanya apabila ternampak papan tanda ke Iran.
Lega rasanya apabila ternampak papan tanda ke Iran.

“Semasa di Malaysia, kami gagal mendapat visa ke Iran kerana tidak mempunyai tiket kapal terbang dari sana untuk pulang ke Malaysia. Naik motor... mana ada tiket! Sekali lagi kami bertanyakan masalah ini ketika berada di Uzbekistan dan pegawai yang bertugas menegaskan agar kami semua dapatkannya (visa) di pintu sempadan. Jadi... kami cuba!” RR

Bersambung...

Popular

  • Warta Roda

    BSH Umum Tiga Warna Baru Honda ADV160

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Artikel berkaitan

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

900 Kilometer Dengan Suzuki Hayabusa

Kembara Sempoi Ke Tasik Raban, Lenggong, Perak

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pasukan Honda HRC Castrol Masih Mencari Rentak

Peningkatan telah dilakukan untuk jentera RC213V tahun ini. Paling utama tentulah enjin 1,000cc, 4 lejang V4 yang sangat bertenaga dan mampu memecut lebih daripada 360km/j.

Pandu Uji

Ride Santai Bersama Yamaha PG-1: Aku dan Kebebasan

Makin tinggi...makin sejuk...bestnya! Apa yang penting, kedinginan udara nyaman yang 'menghentam' badan itu menambah keseronokan. Tak kisahlah naik superbike ke...naik skuter ke...atau naik PG-1, bagi pencinta motosikal, inilah erti kebebasan.

Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.