Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Ogos 2026

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Segala persoalan berkenaan model XSR155 akhirnya terjawap apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan model neo-retro tersebut ke dalam pasaran negara. Jentera ini mengangkat falsafah ‘Sport Heritage’ Yamaha menerusi gabungan rekabentuk retro, teknologi moden dan karakter tunggangan yang sesuai untuk kegunaan harian.

XSR155 menggunakan enjin 155cc VVA, 4-lejang, penyejuk cecair bersama sistem suntikan bahan api. Enjin trasmisi 6-kelajuan dengan Slipper Clutch ini mampu menghasilkan kuasa 18.9hp pada 10,000rpm dan tork 14.4Nm pada 8,500rpm. 

Dari segi rekabentuk luaran diinspirasikan daripada motosikal klasik di mana lampu utama, paparan meter dan lampu belakang berbentuk bulat. Namun, model ini masih mengekalkan elemen moden menerusi pencahayaan jenis LED dan paparan meter digital. 

Rekabentuk pelana pula mengambil kira aspek ergonomik bagi memberikan keselesaan kepada penunggang dengan ketinggian sekitar 810mm. Untuk rekaan pelindung ekzos pula melengkapkan lagi imej neo-retronya. Karakter XSR155 turut diperkukuhkan menerusi sistem ekzos dengan ruang dalaman tiga peringkat yang menghasilkan bunyi tersendiri.

XSR155 turut disempurnakan dengan penggunaan saspensi hadapan fork USD manakala bahagian belakang jenis monocross. Pakej keselamatan pula dipadankan bersama brek-brek cakera yang juga dilengkapi sistem ABS di depan dan belakang.

Antara kelengkapan lain adalah tayar hadapan 110/70 - 17, tayar belakang 140/70 - 17, kerangka jenis Daimond, berat 137kg, tangki bahan api 10 liter, kelegaan tanah 170mm dan jarak roda 1,325mm.

Yamaha XSR155 dijangka berada di semua pengedar sah yamaha pada suku keempat tahun ini dengan harga asaa bermula RM12,998. Terdapat tiga pilihan warma menarik antaranya Royale Hitam, Perak Klasik ,Malar Hijau. RR

Popular

  • Model Baru

    Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

  • Model Baru

    Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

  • Pandu Uji

    Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

  • Dari Litar

    Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

  • Model Baru

    Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Artikel berkaitan

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Vespa Malaysia Lancar Tiga Model Baharu di AOS 2026

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.

Model Baru

Vespa Malaysia Lancar Tiga Model Baharu di AOS 2026

Warta Roda

Royal Enfield Malaysia Perkenalkan Himalayan Mana Black Edition - Bermula RM32,700.

Royal Enfield Malaysia telah memperkenalkan Himalayan Mana Black Edition ke dalam pasaran negara pada harga asas Bermula RM32,700

Warta Roda

Mforce Smartshop Kedua di Perak

Mforce Smartshop yang terletak di Pusing, Perak merupakan cawangan Mforce Smartshop kedua di negeri Perak.