☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Ogos 2026

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Bersempena dengan acara Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 pada bulan September nanti, MODENAS mengumumkan harga rasmi bagi Kawasaki KL500 yang ditawarkan pada harga asas bermula RM32,900 (tanpa cukai jalan & insurans).

KLE500 merupakan motosikal adventure kelas pertengahan yang direka bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi sesuai bagi mereka yang ini mengembara jauh dan melayan laluan offroad ringan.

Model ini didatangkan bersama enjin 451cc parallel-twin dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 51hp pada 10,000rpm dan tork 42.6Nm pada 7,500rpm. Enjin transmisi 6-kelajuan pada model ini turut dipadankan dengan sistem slipper clutch untuk respon yang lebih lembut ketika menurunkan kedudukan gear secara agresif.

Dari segi rekabentuk luaran memang cukup moden kena dengan gaya jentera adventure. Bahagian hadapan lengkap bersama lampu LED projector dengan lampu DRL. Bahagian belakang juga dipadankan dengan lampu jenis LED. Untuk tinggi pelana pula sekitar 870mm manakala berat hanya 194kg sahaja.

Untuk disesuaikan di laluan offroad, KLE500 dilengkapi dengan rim jenis spoke dan tayar dual-purpose bersaiz 90/90-21 (hadapan) dan 140/70-17 (belakang). Penggunaan sistem suspensi pula terdiri daripada fork USD 43mm dari KYB dan belakang menggunakan penyerap hentak monoshock dengan pelarasan pra-beban.

Brek hadapan pada jentera ini jenis cakera tunggal 300mm manakala belakang cakera 230mm dan dipadankan dengan sistem ABS yang boleh dipadamkan untuk tunggangan offroad. Kerangka jenis Steel Trellis menawarkan kestabilan di mana jua.

Antara kelengkapan lain termasuklah paparan meter digital, tangki bahan api 16 liter, kelegaan tanah 185mm, pelindung tangan dan pelindung enjin.

Menariknya, bagi 60 orang pembeli terawal Kawasaki KLE500 akan menerima pakej Kawasaki Megatrail Fun Ride selama dua hari satu malam secara percuma, jersi edisi terhad KLE500 Adventure, Sijil Pemilik Eksklusif KLE500 dan Beg pelana (saddle bag) KLE Adventure edisi terhad.

Acara Kawasaki Megatrail Fun Ride akan berlangsung pada 26 September 2026 di Dataran Amanjaya Lawin, Gerik, Perak yangmelibatkan laluan off-road sejauh 150 kilometer dengan merentasi denai hutan, kawasan berbukit, laluan berbatu dan sungai. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Artikel berkaitan

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.