☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Julai 2026

Mforce Smartshop Kedua di Perak

Mforce Bike Holdings terus memperluaskan rangkaian pusat jualan dan servisnya menerusi pembukaan Mforce Smartshop yang terletak di Pusing, Perak. Pembukaan kedai ini merupakan cawangan Smartshop kedua di negeri tersebut selepas pelancaran cawangan pertama di Kamunting, Taiping.

Mforce Smartshop di Pusing dikendalikan oleh Kedai Motor Yoon Loi yang merupakan sebuah kedai menjual motosikal dengan pengalaman lebih empat dekad. Beroperasi di Taman Ria 1, Pusing, Perak, pusat ini menawarkan konsep 4S iaitu Sales, Service, Spare Parts dan Support yang menghimpunkan pelbagai keperluan penunggang motosikal di bawah satu bumbung.

Sebagai pengedar sah Mforce, pusat pameran ini menyediakan pelbagai model motosikal daripada jenama di bawah naungan syarikat seperti SYM, CFMOTO, WMOTO, QJMOTOR, Keeway, SM Sport, CFMOTO, BENDA, Morbidelli, Brixton dan pelbagai lagi. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan motosikal bermula daripada moped hingga model berkuasa tinggi mengikut keperluan masing-masing.

Selain menjual motosikal, Mforce Smartshop turut menyediakan servis penyelenggaraan berskala, pembaikan, tuntutan waranti,  alat ganti dan aksesori tulen. Turut ditawarkan ialah urusan berkaitan insurans serta pembaharuan cukai jalan bagi memudahkan pelanggan menyelesaikan pelbagai urusan dalam satu lokasi. Selain itu, ruangan servis pula mempunyai tiga lif motosikal bagi memudahkan para mekanik membuat proses penyelengaraan.

Bagi melengkapkan pengalaman pelanggan, pusat sehenti ini turut menawarkan pelbagai kelengkapan menunggang termasuk topi keledar dan kasut jenama LS2 serta minyak enjin Mforce Oil yang dibangunkan dengan kerjasama PETRONAS.

Pembukaan Mforce Smartshop oleh Kedai Motor Yoon Loi oleh Kedai Motor Yoon Loi dijangka memperkukuhkan lagi kehadiran jenama motosikal keluaran Mforce di Perak khususnya bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Ipoh, Pusing dan kawasan berhampiran. Dengan rangkaian SmartShop yang semakin berkembang, Mforce terus komited meningkatkan tahap perkhidmatan selepas jualan dan pengalaman pemilikan motosikal kepada pelanggan di seluruh negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Model Baru

    BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.