Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Ogos 2026

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaian keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buat skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180. Untuk pasaran negara, model ini ditawarkan dalam dua varian antaranya standard dan juga Explorer Pack.

Varian standard.
Varian standard.
Varian Explorer Pack.
Varian Explorer Pack.

Kedua-dua varian kekal menggunakan enjin 174cc satu silinder dengan sistem sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 13.6kW pada 8,500rpm manakala tork sekitar 17.2Nm pada 6,500rpm. Dengan kehadiran transmisi CVT menawarkan prestasi yang lancar dan mudah dikendalikan sama ada ketika berulang-alik di bandar, menempuh lebuh raya mahupun menikmati tunggangan santai pada hujung minggu.



Posisi tunggangan yang ergonomik menampilkan ketinggian pelana 780mm sahaja. Suspensi hadapan pada model ini didatangkan dengan fork teleskopik dan suspensi belakang pula boleh dilaras. Jarak kelegaan tanah 140mm turut meningkatkan keselesaan dan keyakinan ketika melalui pelbagai keadaan permukaan jalan.

Vanguard 180 hadir dengan pelbagai ciri moden termasuk sistem ABS, Traction Control, meter TFT 7-inci boleh sentuh, kamera hadapan terbina di dalam, sistem kunci pintar serta soket USB Type-A da Type-C.

dari segi kelengkapan lain pula adalah tayar hadapan 100/80-14, tayar belakang 130/70-13, brek-brek cakera, berat 142kg, tangki bahan api 10.5 liter, lampu kabus (boleh on/off), cermin penghadang angin boleh laras sebanyak dua tahap dadn sistem suntikan bahan api  BOSCH EFI. 

Hanya terdapat di varian Explorer Pack.
Hanya terdapat di varian Explorer Pack.

Varian standard ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Gray Sandstone dan Neon Terrain pada harga bermula RM9,398. Untuk Explorer Pack pula hanya satu warna sahaja iaitu Frost White pada harga asas RM9,698. Menarik lagi, varian ini turut dilengkapi dengan kotak barangan atas (top box) 46 liter dan Crash Bar bagi meningkatkan kepraktisan dan keupayaan ketika melakukan perjalanan lebih jauh. RR

Popular

  • Dari Litar

    Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

  • Dari Litar

    Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

  • Model Baru

    Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

  • Warta Roda

    Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

  • Model Baru

    Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Artikel berkaitan

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team.

Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.