☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Ogos 2026

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.

Jom kita mulakan dengan J200 yang sudah pasti antara model yang mudah menambat hati para peminat dua roda. Rekabentuknya diinspirasi daripada keluarga J-Series yang yang telah pun berada di pasaran sejak tahun 1960 an lagi dan kali ini dimantapkan dengan kejuruteraan yang lebih moden.

J200 disempurnakan dengan enjin 17cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem sejukan cecair yang memberikan hantaran kuasa setinggi 6.8hp pada 8,500rpm dan tork 15.5Nm pada 6,500rpm. Melihat dengan lebih dekat model ini, kita akan menhargai legasi yang terus dipertahankan hingga ke hari ini.

Namun begitu, antara ciri-ciri moden menanti para pemiliknya ialah panel meter TFT, lampu-lampu LED, sistem Kunci Pintar, soket USB (Type A & C) dan sistem ABS dua saluran. Untuk tunggangan yang selesa, J200 didatangkan dengan fork hadapan jenis Double Arm-Link yang disepadankan dengan penyerap hentak berspring di bahagian belakang.

Tangki minyaknya agak besar iaitu 9 liter dan tinggi pelana model ini 780mm dan ia seberat 139kg. Tayar hadapan bersaiz 110/70-12 dan di belakang pula 120/70-12 yang dilengkap dengan sistem brek jenis cakera beserta ABS.

Lambretta Malaysia turut bekerjasama dengan VICO untuk melancarkan kempen 'VICO Bytes to Ride' yang berlangsung dari 1hb Ogos hingga 30hb September 2026. PIhak Lambretta menawaran 8 unit J200 untuk dimenangi setiap minggu dan percayalah, model edisi VICO ini memang cun habis!

Apa tunggu lagi? Jom kita beli VICO dan sertai peraduan ini!!!

Jika J200 direka dengan memberi fokus gaya klasik, X50GP pula adalah model yang lebih garang dan lebih sporty yang mendekatkan kita dengan dunia perlumbaan Grand Prix. Enjinnya bersesaran 244cc, silinder tunggal, 4 injap yang berkuasa 22.8hp dan tork 22Nm. Ya...berbanding J200, model ini menawarkan lebih banyak tenaga untuk mereka yang inginkan prestasi lebih padu!

X250GP hadir dengan kerangka semi-monoque, sistem saspensi hadapan jenis Double Pulled-Wheel Swing Arm yang menyerap segala hentakan dengan cemerlang. Tayar hadapan dan belakang bersaiz 12-inci dan dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera beserta sistem ABS.

Spesifikasi ringkas X250GP yang dapat kami kongsikan buat masa ini:

  • Tinggi Pelana: 770mm
  • Isi tangki: 7.5 liter
  • Tapak Roda: 1,370mm
  • P x L x T: 1,922 x 741 x 1,117mm
  • Brek hadapan: Cakera 220mm
  • Brek belakang: Cakera 219mm

Disebabkan kedua-dua model baru sahaja dipertontonkan, pihak Lambretta Malaysia belum lagi mengumumkan harga sebenar untuk model J200 dan X250GP. Sama-sama kita tunggu pengumumannya nanti. RR

Popular

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Artikel berkaitan

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.