☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 Ogos 2026

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Tempoh rehat selama tiga minggu sempena cuti musim panas telah tamat, pelumba Moto3 negara, Hakim Danish sedia untuk menggalas tanggungjawap seterusnyamenjelang GP Britain di Litar Silverstone yang berlangsung hujung minggu ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memanfaatkan tempoh cuti tersebut untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental menerusi latihan intensif bersama jurulatih. Beliau juga turut memperhalusi aspek teknikal serta menganalisis prestasi pada 11 pusingan terdahulu sebagai persediaan menghadapi baki saingan musim 2026.

Pada masa yang sama, Hakim Danish turut meluangkan masa menghadiri beberapa program bersama penaja dan bertemu peminat di Malaysia. Kehadiran mereka bukan sahaja mencerminkan keyakinan terhadap potensi pelumba kelahiran Terengganu itu tetapi menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan aksi terbaik di pentas Kejuaraan Dunia Moto3.

Fokus sepenuhnya kini terarah kepada GP Britain yang bakal menyaksikan Hakim Danish membuat penampilan sulung di Litar Silverstone. Litar ikonik itu terkenal sebagai antara venue paling mencabar dalam kalender MotoGP dengan gabungan laluan berkelajuan tinggi serta selekoh teknikal yang menuntut keberanian, ketepatan dan konsistensi sepanjang perlumbaan.

Silverstone memiliki 18 selekoh yang terdiri daripada 10 selekoh kanan dan lapan selekoh kiri. Litar ini juga turut dipengaruhi keadaan cuaca Britain yang tidak menentu. Faktor-faktor tersebut dijangka menjadi cabaran tambahan buat semua pelumba termasuk Hakim Danish yang bakal menimba pengalaman pertama di litar bersejarah itu.

Berbekalkan keyakinan hasil prestasi memberangsangkan sepanjang separuh pertama musim, pelumba berusia 19 tahun itu kini menggalas misi untuk terus mengutip mata penting serta memburu satu lagi keputusan podium. Selepas 11 pusingan, Hakim Danish kini di tangga ketujuh keseluruhan dengan 86 mata dengan kemenangan bersejarah di GP Republik Czech dan podium tempat ketiga di GP Itali.

Dalam saingan Rookie of the Year, Hakim Danish turut berada di kedudukan ketiga dengan 86 mata. Beliau kini hanya dipisahkan empat mata daripada pelumba Indonesia iaitu Veda Pratama (90 mata) manakala pendahulu keseluruhan kategori tersebut ialah Brian Uriarte dari Sepanyol yang mengumpul 127 mata. Keputusan di Silverstone bakal menjadi peluang penting buat Hakim Danish untuk merapatkan jurang dan mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan gelaran pendatang baharu terbaik musim ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.