Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 2 Mac 2016

Benelli Tornado TnT25 Tegap dan Bergaya

Tidak dinafikan, Benelli merupakan jenama motosikal yang semakin mendapat perhatian dan kepercayaan di kalangan pengguna motosikal di negara ini. Bermula dengan model 600cc, 300cc dan terkini ialah TnT25 yang sememangnya telah mewujudkan lebih banyak pilihan kepada pengguna khususnya dalam segmen streetbike.

Terima kasih Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd kerana memberi RR peluang untuk menguji jentera baru ini dan ya! Rekabentuk model 250cc ini tidak jauh bezanya berbanding model 300cc. Lampu hadapan dan lampu isyaratnya ringkas tetapi menawarkan suluhan yang cukup terang, mudah untuk dilihat tidak kira siang atau malam.

Tarikan utama TnT ini tentunya menerusi kerangka jenis arch bar truck yang kelihatan seperti jenis trellis. Kerangka ini bertegaran tinggi yang membantu menstabilkannya ketika memecut. Bagi mereka yang kurang familiar dengan dunia permotoran, tidak mustahil ia dikatakan sebuah model 600cc. Memang tubuhnya besar!

Pelana yang hanya setinggi 710mm memberi keselesaan kepada semua jenis penunggang, lelaki mahupun wanita. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, kita akan dapat merasakan rekabentuk tangkinya membantu mendapatkan posisi menunggang yang lebih baik. Mudah peha kita mengepit ketika ingin memecut. Belly pan model ini besar dan kemas sekali. Posisi bar hendal Benelli ini tidak mengecewakan - ini diakui oleh dua orang penunggang uji model ini yang mempunyai ketinggian berbeza. TnT25 jelas menawarkan tunggangan yang santai, selesa dan natural.

Enjin TnT ini berputar dengan lancar sekali sewaktu ia dihidupkan tetapi terus terang kami katakan bunyi model 300cc lebih mantap dan sedap didengar. Maklumlah... mestilah ada bezanya antara dua silinder dan satu silinder (250cc). Enjin 249cc ini menawarkan kuasa maksimum 25.3hp pada 9,000rpm dan tork 21.5Nm pada 7,500rpm. Walaupun sebuah jentera naked tidaklah bertujuan untuk merasakan kelajuan maximumnya namun begitu kadar pecutan (tork) yang tinggi amat berguna sekali untuk membuat pintasan dengan lancar.

Dalam gear keempat dan kelima, kita dapat merasa peningkatan kuasanya agak lembab walaupun bagi sebuah jentera satu silinder yang seharusnya mempunyai kuasa tork yang mengagumkan. Tenaga TnT ini mampu dikerahkan sehingga mencecah 8,000rpm sebelum ia mengerang berserta sedikit gegaran meminta kita menambah gear. Dalam gear tertinggi, jentera ini mampu kita larikan sepantas 155km/j sebelum cut-off dan ketika ini kami dapat rasakan keseluruhan jentera masih stabil dan memuaskan.

Seperti mana-mana jentera jalanan lain, tamparan angin mulai mengganggu konsentrasi apabila jarum meter melebihi 130km/j. Antara kaedah untuk mengatasi tamparan angin ini ialah dengan menunduk sedikit atau pun merapatkan badan ke hadapan sambil merendahkan sedikit bahagian dada. Jika para pembaca mempunyai kaedah tersendiri, silakan... paling penting jaga keselamatan diri.

Berada di lebuhraya pada jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang (cuaca terik) sememangnya memerlukan penumpuan dan pemerhatian yang tinggi. Mungkin kita terlepas pandang, ketiadaan lampu utama sesebuah motosikal itu tetap boleh mengundang kecelakaan walaupun di siang hari. Ini kerana kadangkala, gelombang panas yang terhasil daripada permukaan jalan boleh memberikan gambaran yang agak kabur dan keadaan ini lebih buruk apabila berhadapan dengan pemandu atau penunggang yang mula mengantuk. Ini amat membahayakan jika kita menunggang tanpa lampu-lampu keselamatan yang sempurna.

Apabila merendahkan kelajuan terutamanya di tengah-tengah kota, bahagian hadapan yang agak berat ini sedikit menyukarkan pergerakan. Kita tidak dapat mengubah kedudukan dengan pantas dan berharap masalah ini dapat diatasi kerana ciri-ciri penting bagi sebuah jentera jalanan ialah kelincahan dan pengendalian mudah dalam semua keadaan.

Atas lebuhraya atau di dalam bandar, segala informasi yang dipaparkan pada panel meternya mudah dilihat. Seperti model 600 dan 300cc, meter Benelli ini dilengkapi dengan meter jenis analog (penunjuk rpm) dan meter digital yang memaparkan tahap kelajuan, jarak perjalanan, suhu enjin, masa dan tahap bahan api. Sistem penyejuk cecair TnT ini juga mengawal suhu dengan baik sekali, tiada terasa panas lampau.

Makin lama menunggang di bandar, makin banyak mata yang memandang. Seperti yang dikatakan tadi, gabungan kerangka ala trellis itu menarik minat ramai. Dari segi rekaan luaran, TnT25 ternyata bergaya sekali dan mempunyai nilai jualan yang tinggi tambahan pula unit yang diuji ini berwarna merah. Cukup elegan! Selepas mula serasi dengan gaya tunggangan serta karaktornya, keyakinan pada keupayaannya mulai meningkat dan lokasi perjalanan yang dituju bukan lagi laluan lurus tetapi 'bengkang-bengkok'.

Jika TnT300 menggunakan tayar-tayar Pirelli, naked ini pula berada kemas di laluannya dengan adanya tayar-tayar Metzeler Sportec bersaiz 110/70-17 (hadapan) dan 150/60-17 di belakang. Keupayaan tayar Metzeler Sportec ini tidak perlu diragui lagi. Ia mencengkam permukaan jalan dengan cemerlang sekali tidak kira sama ada ia kering atau basah. Dengan gabungan casis yang tegar, posisi gear yang tepat dan tayar yang kemas menggigit menjadikan setiap saat di jalanan berselekoh memberikan pengalaman yang cukup manis.

Jentera Benelli ini juga didatangkan dengan sistem saspensi hadapan jenis terbalik yang memuaskan hati. Kami cuba membrek dengan keras untuk melihat prestasinya dan ia menyerap segala hentakan dengan baik sekali. Saspensi belakang jenis mono turut memberi keselesaan buat penunggang dan pembonceng. Memperlahankan jentera ini daripada mana-mana kelajuan langsung tidak menakutkan. TnT dilengkapi dengan sistem brek hadapan (280mm) dan belakang (240mm) yang cukup efisien.

Dengan isian penuh tangki sebesar 17 liter, Benelli TnT mampu dibawa mengembara sejauh 280 kilometer dengan pelbagai jenis gaya tunggangan dan kadar kelajuan. Bagi penungggang santai, jarak perjalanan ini pastinya dapat anda tingkatkan lagi. TnT25 ditawarkan pada harga RM12,990 (tidak termasuk GST) dengan dua pilihan warna menarik iaitu merah dan hijau. RR

Isu Pada

Mac 2016

Spesifikasi

Enjin: satu silinder, empat lejang, sistem penyejuk cecair
Isipadu: 249cc
Gerek x Lejang: 72 x 61.2mm
Kuasa maksimum: 25.2hp pada 9,000rpm
Tork maksimum: 21.5Nm pada 7,500rpm
Transmisi: 6 kelajuan
P x L x T: 2,030 x 810 x 1,125mm
Tinggi pelana: 710mm
Isi tangki:17 liter
Berat: 150kg

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

WMOTO Griffin 205 kini mula memasuki rangkaian pusat pengedar sah MForce di seluruh negara sersempena pembukaan rasmi Mforce Smart Shop kedua di negeri Perak.

Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Warta Roda

Platform Honda X Dinaiktaraf Dengan Penambahan Ciri e-Warranty & Sejarah Servis Digital

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) apabila memperkenalkan dua ciri baharu dalam platform digital Honda X iaitu e-Warranty dan Service History