☰
Isu Terkini

Oktober 2024

9 Jun 2025

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 3, LItar Aragon): Hakim Danish Juara!

Perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 3, LItar Aragon): Pelumba sensasi negara, Hakim Danish menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-7, dan memulakan Race 1 di petak ke-6 susulan penalti yang dikenakan ke atas Kristian Danial, yang pada asalnya bermula di tempat ke-5 tetapi diturunkan ke petak ke-20.

Perlumbaan bermula pada jam 4.10 petang waktu tempatan dalam keadaan cuaca yang agak baik, dengan suhu litar mencecah 40 darjah Celsius. Sebaik sahaja lampu isyarat dipadamkan, Danish meluru ke hadapan dan mengekalkan kedudukan di tempat ke-6. Danish mempamerkan tunggangan yang konsisten dan agresif. Setiap lap dia berusaha gigih untuk menempatkan diri dalam kelompok hadapan.

Pada lap ke enam, Danish mencatatkan masa terpantas perlumbaan iaitu 2:01.456, 0.856 saat ebih pantas berbanding pendahulu ketika itu, Veda Pratama dari Indonesia. Catatan masa ini membolehkannya memintas beberapa pelumba dan tidak lama kemudian naik ke kedudukan ketiga.

Perlumbaan mencapai kemuncak mendebarkan apabila memasuki pusingan akhir. Danish berjaya memintas Brian Uriarte dan David Gonzalez yang ketika itu mendominasi kedudukan pertama dan kedua. Menuju ke laluan lurus yang menjadi tumpuan sebelum selekoh terakhir, lima pelumba termasuk Danish bersaing sengit secara side-by-side menuju ke garisan penamat. Danish menamatkan perlumbaan di tempat kedua, hanya dibezakan 0.007 saat dari Uriarte.

Perlumbaan 2: Danish bermula dari petak ke-7 dan tidak mengambil masa lama untuk merampas kedudukan posisi ketiga belum sempat pun tamat lap pertama. Perlumbaan kali ini jauh lebih mencabar berbanding sebelum ini. Sembilan pelumba membentuk satu kelompok yang sangat agresif dalam perebutan posisi paling hadapan. Aksi saling pintas memintas berlaku hampir setiap masa, dan tiada pelumba yang kekal di kedudukan sama.

Menjelang lap ke-10, Danish berjaya mengetuai perlumbaan sehingga ke lap ke-12, namun beliau melakukan sedikit kesilapan di selekoh kedua terakhir yang menyebabkan beliau dipintas dan ketinggalan ke kedudukan ke-7.

Danish mengekalkan rentakknya untuk terus mengejar para pelumba di depan. Dengan berbaki dua lap sahaja lagi, Danish semakin agresif dan konsisten. Pada ke lap terakhir, beliau sudah berada di kedudukan ke-4 dan terus memberi tekanan.

Debaran semakin memuncak apabila Danish naik ke kedudukan ke-3 menuju ke selekoh ke-12. Di situ, beliau melakukan aksi berani dengan memintas dua pelumba sekaligus untuk mengetuai perlumbaan menuju ke lima selekoh terakhir. Danish dipintas oleh David Gonzalez di selekoh kedua terakhir, namun Danish pantas membalasnya dengan serangan sempurna dan memintas semula. Akhirnya, saat yang ditunggu sejak sekian lama membuahkan hasil apabila melintasi garisan penamat di tempat pertama. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).