☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 27 Mac 2025

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Puas hati betul 'ride' kali ni. Paling best sempat singgah seharian di Taiping, rehat minda di Taman Tasik Taiping sebelum rasa makan yang sedap-sedap di Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk tambah tenaga sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Jadi...apakah perbezaan paling ketara untuk sebuah jentera berharga RM55,000 ini berbanding abangnya, DE? Dari segi luaran, cermin pengadang angin untuk model RE (jalanan) ini lebih besar – cukup padu ketika jentera ini dipecut laju di atas lebuhraya.

Profil dan saiz tanya untuk RE ini sudah tentu berbeza memandangkan ia tidak direka untuk laluan 'off road'. V-Strom 800RE menggunakan tayar (jenis jalanan) bersaiz 19-inci berbanding 21-inci untuk model DE tetapi saiz tayar belakang kekal sama (DE & RE) iaitu17-inci. Tayar-tayar ini juga dipasangkan pada rim jenis bertempa, tidak seperti model DE yang menggunakan rim berjejari. Berat juga berbeza! RE hanya 223kg manakala untuk model DE ialah 230kg.

Tinggi pelana untuk RE ini hanya 825mm (855mm), kedu-dua kaki saya dapat diletakkan di atas permukaan tanah dengan sempurna. Senang nak kawal walaupun di ruangan yang sempit. Kelebihan pelana tinggi untuk DE ialah saya dapat melihat keadaan trafik di depan melepasi bumbung-bumbung kereta dengan mudah.

Menunggang pada waktu malam dari Sungai Buloh ke Taiping dengan V-Strom ini rupa-rupanya agak mencabar. Masalah keselesaan tidak timbul sama sekali kerana Suzuki ini memang 'syiok' tapi suluhan lampunya agak mengecewakan. Ia bukan datang dari jenis lampu kerana V-Strom ini hadir dengan lampu-lampu jenis LED yang memang terang tetapi sudut suluhannya itu 'naik' ke atas.

Secara peribadi, saya lebih suka suluhan lampu utama ini tepat di hadapan kita. Baru jelas tetapi untuk model RE yang kami uji ini sudut suluhannya tinggi, kalau pakai lampu 'high beam' tu lagi lah. Bila tiba di laluan yang sedang dibaiki, permukaan tar hitam yang baru...memang tak nampak!

V-Strom 800DE juga dilengkapkan dengan sistem elektronik Suzuki Drive Mode Selector, 3 mod untuk traction control, Suzuki Easy Start, Quickshifter 2-hala dan ABS.

Di atas lebuhraya, saya menggunakan mod A kerana inginkan kemantapan daya pecutan. V-Strom DE ini mempunyai tiga mod tunggangan iaitu A (Active), B (Basic) dan C (Comfort). Ya...model RE tidak dilengkapi dengan mod G (Gravel) seperti yang terdapat pada model DE.

Enjin 776cc, 4 lejang, 2 silinder DOHC dengan aci engkol 270 darjah yang dimiliki oleh Suzuki yang sedang saya tunggang ini memberikan bukan hanya bunyi yang mantap tetapi juga debaran melarikan jentera V-twin yang padu. Suzuki ini mampu menghasilkan kuasa 84.3 PS dan tork 78 Nm.

Setiap kedudukan gear memberikan tenaga yang cuku memuaskan, mudah untuk kita memintas dan memecut pergi jauh ke hadapan. Pada gear keenam, kelajuan mampu dipecut melebihi 170km/j dengan mudah dan putaran enjin dirasakan lancar dan akan sentiasa bertindak balas dengan cekap kepada input pendikit. Tutup pendikit, dan kelajuan anda akan berkurangan dengan tenang tetapi apabila kita rentak pendikit, dan 800RE akan melompat ke hadapan.

Walaupun 'windscreen' depan lebih besar berbanding model DE, saya rasa pihak Suzuki bolehlah mempertimbangkan untuk menambah tahap ketinggian pelarasannya. Buat masa ini, ada dua ketinggian sebagai pilihan - dilaras secara manual menggunakan alley key.

Timbul persoalan bagi saya sama ada perlu atau tidak sistem Quickshifter dipasang untuk sesebuah jentera kembara seperti V-Strom ini tetapi pada masa yang sama tidak pula didatangkan dengan sistem Cruise Control. Jadi, pada pandangan tuan-tuan sekalian, mana yang lebih perlu? Bagi saya, sistem quickshifter lebih sesuai untuk jentera sport dan naked yang selalunya kita tunggangan di laluan berselekoh atau memecut di dalam bandar tetapi bagi jentera kembara, sistem auto-cruise mungkin lebih sesuai.

Namun begitu, jentera pengembaraan sudah tentu memerlukan sebanyak mungkin sistem elektronik yang memudahkan perjalanan khususnya yang jaraknya beratus dan beribu kilometer. Tempat yang di tujui pula ada macam-macam jenis, maka sistem quickshifter ini memang diperlukan agar pergerakan lebih lancar.

Panel meter TFT yang dimiliki oleh model ini memang jelas dan terang cuma kalau ada sekali dengan sistem sambungan (connectivity) bluetooth dengan telefon pintar mesti lebih baik khususnya untuk kita dapatkan navigasi perjalanan.

Sebaik sahaja bangun tidur di pekan Changkat Jering, saya terus ke Taiping untuk menikmati sarapan. Tenang...dingin...tetapi meriah. Itulah yang dapat saya katakan sewaktu sampai di Taman Tasik Taiping. Tidak kira umur...tidak kira bangsa... semuanya sibuk dengan aktiviti di taman ini.

Ada yang sekadar berehat...ada yang berjogging dan ketika saya bersiap sedia untuk membuat rakaman, datang seorang uncle untuk senaman taichi. Namanya Uncle Tay, cukup ramah dan lemah lembut bicaranya. Orang asal Taiping yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih sihat.

Ada satu lagi isu yang mungkin boleh diperbaiki iaitu haba panas dari bahagian sisi enjin yang sedikit mengganggu ketika kita menunggang perlahan di dalam kesesakan lalu lintas. Walaupun begitu, sebaik sahaja kita tingkat kelajuan...haba panas itu sudah tidak lagi terasa. Bye-bye Taiping, saya pulas pendikit ke Kuala Kangsar!

Penggunaan brek di laluan berselekoh (di kawasan berbukit) lebih kerap berbanding di lebuhraya dan brek-brek cakera yang digunakan oleh V-Strom ini memang padu. Ketangkasan jentera ini di laluan berselekoh juga cukup mengagumkan dengan adanya 'bantuan' daripada fork hadapan jenis terbalik dari Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) yang dipadankan dengan penyerap hentak boleh laras di bahagian belakang juga daripada Showa.

Seronok juga Suzuki ini dibawa ke Kuala Kangsar. Enjinnya yang padu dan sedap membuatkan ramai yang menoleh ke arahnya setiap kali pendikit dipulas. Saya tidak begitu lama di bandar Diraja tetapi cukup untuk menghilangkan kerinduan.

Dengan isian penuh tangki 20 liter, V-Strom 800DE ini telah membawa saya perjalanan sekitar 350 kilometer (menggunakan mod A). Apa yang diharapkan ialah agar model ini nanti dilengkapkan dengan sistem 'Connectivity' khususnya untuk kita dapatkan bantuan navigasi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.