☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 4 Jun 2025

Aveta Vanguard 250 SE: Prestasi Di Luar Jangkaan

Aveta telah menawarkan pelbagai model menarik khusus buat mereka yang inginkan kelainan. Walaupun pasaran skuter di tanahair semakin kompetitif, syarikat yang berpengkalan di Klang ini sedia memberi saingan dengan model-model automatik yang memiliki spesifikasi menari

Model Vanguard 250 hadir dalam dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE) dan kami (RR) berpeluang untuk menunggang uji model SE baru-baru ini.

Dari segi rekabentuk, Vanguard memang cukup mewah lebih-lebih lagi model SE. Warna Majestic Green (model kami uji) tampak bergaya dan mewah dengan menggabungkan warna hijau dan emas. 'Serius' cantik! Satu lagi pilihan warna yang ditawarkan ialah Titanium Grey. Harga untuk varian SE ialah RM16,388 manakala model standard pula hanya RM14,888. Menarik kan? Selain itu, perbezaan di antara dua varian terdiri daripada saiz rim dan tayar, diameter fork teleskopik, panel meter dan sistem penyerap hentak belakang.

Pelananya yang setinggi 780mm ini mudah dipanjat oleh sesiapa sahaja. Saya dapat meletakkan keseluruhan kaki dengan sempurna cuma....apabila mula bergerak, saya tidak dapat meluruskan kaki. Bagi saya, ia agak leceh kerana perlu 'adjust' tapak kaki untuk dapatkan posisi sesuai. Masalah ini tidak berlaku kepada rakan kami, dia dapat meluruskan kaki dengan selesa.

Vanguard 250 didatangkan dengan lampu-lampu LED yang bukan sahaja cerah tetapi direka dengan rapi dan cantik sekali. Panel meter TFT cukup jelas untuk memberikan segala info dengan sempurna. Terdapat juga Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan kamera video rakaman/dashcam. Ini sangat penting sekarang ini memandangkan banyak berlakunya kemalangan yang bukan 100% kesalahan itu bepunca daripada penunggang motosikal. Selalunya, kita yang jadi mangsa. Oleh itu, motosikal yang dilengkapkan dengan kamera mempunyai kelebihan khususnya dari segi keselamatan!

Ya... Vanguard 250 juga didatangkan dengan sistem Kunci Pintar yang memudahkan urusan pemiliknya. Terdapat tiga ruang simpanan barang pada Vanguard 250 ini. Paling besar tentulah di bawah pelana yang boleh memuatkan satu topi keledar dan barangan lain yang bersaiz sederhana. Dua lagi ruang di bahagian depan boleh memuatkan barangan mudah/cepat seperti roti, sarung tangan, botol air dan lain-lain. Memang praktikal, cuma kalau tambah 'top box' tu lebih banyaklah barangan boleh kita simpan!

Cermin pengadang angin model ini boleh dilaras secara manual tapi ketinggian cermin (tahap maksimum) memang sangat membantu kita lebih selesa ketika memecut dalam kelajuan tinggi atau cubaan mengelak hujan. Kalau tak lebat, kita masih dapat berlindung tetapi bila hujan lebat, naik motor apa pun basah kan?

Aveta melengkapkan skuter maksi barunya ini dengan enjin 244cc, SOHC, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal yang menghasilkan hantaran kuasa 24.8hp pada 6,500rpm dan tork 18.5Nm pada 8,500rpm. Memang padu beb. Laju maksimum yang dapat saya capai ialah sekitar 140km/j dan dirasakan sistem pacuan akhirnya (CVT) tidak pernah tersentap atau mengganggu pergerakan. Segalanya berjalan dengan lancar.

Bahagian bar hendal dan cermin sisi juga tidak bergegar, cukup kukuh. Saya dapat memecut dengan selesa dan pada masa yang sama dapat melihat keadaan trafik dengan sempurna. Sesekali, saya terpaksa melunjur kaki tetapi secara ringkasnya, posisi menunggang Vanguard 250 ini selesa . Ketika di majlis pelancarannya, pihak Aveta telah memaklumkan ujian lasak telah dilakukan pada model ini dengan jarak perjalanan sejauh 20,000 kilometer. Ujian Ini amat penting buat Aveta bagi memastikan keupayaan dan ketahanan enjin skuter ini.

Ketegaran kerangka model ini disifatkan sehingga ia juga sesuai untuk tunggangan laluan lasak. Betul... spesifikasi Vanguard 250 memang boleh untuk 'dibelasah' dalam hutan. Namun begitu, secara peribadi, saya lebih suka menunggang skuter maksi di laluan biasa. Sayang!

Walaupun pada mulanya berfikiran sedikit negatif tetapi sistem saspensi (depan & belakang) bekerja dengan baik sekali. Bahagian depan Vanguard dilengkapkan dengan fork teleskopik berdiameter 37mm (STD:33mm) yang dipadankan dengan penyerap hentak belakang 'Gas-Charged Shock' yang menyerap segala hentakan dan bebanan dengan baik. Dengan Vanguard ini, saya dapat meratah setiap selekoh dengan sempurna dan prestasi sebegini bagi sebuah skuter memang saya benar-benar berpuas hati.

Vanguard ini laju dan lincah. Apa yang turut membantu pergerakan lebih lancar ialah pada kecekapan sistem breknya. Tayar hadapan bersaiz 120/70 R15 manakala di belakang, 140/70 R14 yang dipadankan dengan brek cakera (260mm depan/250mm belakang). Pakej 'keselamatan' tambahan yang terdapat pada skuter maksi ini termasuklah sistem Traction Control dan sistem ABS dwi-saluran.

Penggunaan bahan api bergantung kepada banyak faktor termasuklah berat badan penunggang, gaya tunggangan, tahap kelajuan dan laluan yang digunakan. Pada saiz tangki sebesar 13 liter, kami dapat menyusuri perjalanan sekitar 200 kilometer.

Kesimpulannya, pada harga RM16,388, kita akan dapat memiliki sebuah skuter maksi yang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik serta prestasi tunggangan yang boleh diberi pujian. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.