☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Mei 2025

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

Bersempena pembukaan CFMOTO Flagship Store di Sungai Petani Kedah, CFMOTO Malaysia turut memperkenalkan sebuah lagi model terbaru bagi segmen adventure touring iaitu 800MT-X. Untuk pasaran negara, model ini tampil dengan dua pilihan warna antaranya Zephry Blue dan Nebula Black.

Sebagai sebuah jentera adventure yang berpontesi di jalan-jalan biasa mahupun 'offroad', CFMOTO 800MT-X dijana dengan enjin 799cc parallel twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6-kelajuan yang dibantu bersama sistem Quickshifter ini boleh menghasilkan hantara kuasa sehingga 95hp pada 8,500rpm dan tork 87Nm pada 6,750rpm.

CFMOTO 800MT-X menggunakan sistem saspensi hadapan jenis USD yang boleh dilaras dan bahagaian belakang pula dilengkapi penyerap hentak tunggal yang juga boleh dilaras. Rim hadapan pula bersaiz 21-inci yang disaluti bersama tayar 90/90 manakala rim belakang 18-inci dengan tayar bersaiz 150/70.

Pakej keselamatan yang ada pada jentera ini sudah tentulah sistem brek cakera berkembar 320mm di roda hadapan. Untuk belakang dipadankan dengan cakera tunggal bersaiz 260mm. Model ini juga turut didatangkan dengan sistem ABS dua saluran.

Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Standard, Rain dan Offroad yang boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan penunggang. Antara kelengkapan elektronik yang lain seperti sistem Cornering ABS, Cruiser Control, Traction Control, Side Stand Safety Switch dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS). Keunikan yang ada pada model ini menerusi tangki bahan apinya bersaiz 22.5 liter yang ada di kiri dan kanan motosikal di bahagian bawah.

Model ini dilengkapi dengan meter menegak jenis TFT bersaiz 7-inci yang mana sudut pandangannya boleh dilaras. Menerusi paparan ini  penunggang boleh aktifkan dan nyahaktifkan Quickshifter dan traction Control. Terdapat juga soket pengecas USB jenis Type-A dan Type-C di bahagian  hadapan.

Untuk keselesaan ketika memecut,cermin penghadang angin boleh dilaras sebanyak tujuh tahap dan jentera ini turut mempunyai pelindung tangan dan pelindung enjin bagi tunggangan di laluan lasak. Lebih menarik lagi CFMOTO 800MT-X dipadankan bersama dua unit kotak sisi berkapasiti 35 liter dan satu kotak atas seluas 45 liter.

Antara ciri-ciri lain seperti berat basah 220kg, tinggi pelana 830mm, jarak roda 1,530mm, lampu DRL dan lampu utama serta belakang jenis LED.

CFMOTO 800MT-X ditawarkan pada harga asas RM48,888 dan pemilik jertera ini akan menikmati waranti kilang selama dua tahun termasuk tanpa had perjalanan serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).