☰
Isu Terkini

Oktober 2024

29 September 2020

Valentino Rossi Sertai pasukan PETRONAS Yamaha SRT untuk musim 2021

Juara Dunia 9 kali, Valentino Rossi telah mengesahkan akan terus beraksi dalam perlumbaan MotoGP untuk musim hadapan bersama skuad Malaysia iaitu pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing bersama Franco Morbidelli.

Rossi yang kini berumur 41 tahun telah bersaing di kelas perdana sejak tahun 2000 dan merupakan satu-satunya pelumba dalam sejarah yang memenangi persaingan 125, 250, 500 dan Kejuaraan Dunia MotoGP. Dalam saingan kelas prima sahaja, Valentino telah pun meraih tujuh gelaran dunia, 89 kali kemenangan, 199 podium, 55 kedudukan petak hadapan dan 76 kali mencipta lap terpantas. Untuk musim 2021 nanti, 'The Doctor' akan meneruskan saingannya bersama jentera Yamaha YZR-M1 untuk musim kesembilan berturut-turut.

Penghijrahan ini menyaksikan Valentino akan bergabung dengan pasukan satelit pada musim ketiga mereka dalam kelas MotoGP. Skuad negara telah membuat penampilan sulung di GP Qatar pada tahun 2019 dan pada musim pertama itu telah memberikan keputusan yang cukup menggalakkan dengan pencapaian enam kali di posisi 'pole', tujuh podium dan memenangi Independent Teams’ Championship.

Pengumuman Valentino bersama rakan senegaranya, Franco Morbidelli melengkapkan barisan SRT PETRONAS Yamaha untuk tahun 2021 dengan menyasarkan untuk mencipta sejarah baru dalam sejarah MotoGP.

Valentino Rossi:  "Saya sangat gembira untuk terus bersaing pada tahun 2021 dan melakukannya bersama pasukan PETRONAS Yamaha Sepang. Saya telah berfikir dengan sebaiknya sebelum membuat keputusan ini kerana cabarannya semakin sengit. Untuk berada di puncak perlumbaan MotoGP, anda harus banyak bekerja dan bersungguh-sungguh, berlatih setiap hari dan menjalani 'kehidupan atlet'. Saya menyukainya dan saya masih terus mahu memberi cabaran."

"Pada separuh pertama tahun ini, saya membuat pilihan saya dan telah bercakap dengan Yamaha. Mereka bersetuju dengan saya. Mereka memberitahu saya walaupun tidak ada tempat untuk saya di pasukan 'factory', saya tetap akan mendapat jentera 'factory' kilang bersama sokongannya."

"Saya sangat gembira untuk berpindah ke PETRONAS Yamaha SRT. Mereka masih muda, tetapi mereka terbukti menjadi pasukan teratas. Mereka sangat serius dan teratur dengan baik. Untuk tahun ini saya juga menukar ketua kru saya. Saya sangat gembira dengan David, dan saya rasa kita belum mencapai yang terbaik tetapi kami akan terus berusaha.”

Petronas Team Principal, Dato' Razlan Razali: "Bagi pihak PETRONAS Yamaha SRT dan semua rakan niaga, adalah suatu penghormatan mutlak untuk menyambut kehadiran lagenda MotoGP, Valentino Rossi. Pengalamannya akan menjadi aset hebat pasukan ketika kami bergerak ke musim ketiga di MotoGP dan kami yakin akan menerima banyak ilmu darinya."

"Pada masa yang sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Valentino sebaiknya sebagai penghargaan atas kepercayaannya buat kami sebagai sebuah pasukan. Ia adalah peluang keemasan dan bersedia untuk menyahut cabaran. Kami percaya bahawa gabungan Valentino dan Franco akan memberikan kekuatan yang benar-benar hebat dalam mencapai matlamat untuk menjadi yang terbaik." RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.