☰
Isu Terkini

Oktober 2024

10 Mei 2021

Adam Naik Podium Lagi, Kali ini di Litar Ricardo Tormo

Sekalung tahniah buat pelumba negara, Adam Norrodin yang sekali lagi mengibarkan jalur gemilang di podium selepas mendapat tempat ketiga dalam saingan Moto2 di perlumbaan pertama Kejuaraan FIM CEV Repsol yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol. Selepas meraih posisi yang sama pada saingan sebelum ini, Adam ternyata lebih bersemangat untuk memburu kejayaan.

"Syukur dan banyak berterima kasih buat krew-krew yang bekerja keras pada minggu ini dan juga buat keluarga yang mendoakan kejayaan ini. Prestasi saya jauh lebih baik berbanding di Estoril tetapi masih banyak perlu dilakukan untuk terus maju. Kami akan terus bersemangat untuk pusingan seterusnya. Saya benar-benar gembira dan akhir sekali saya ingin ucapkan 'Selamat Hari Ibu' buat bonda saya dan Selamat Hari Raya," kata Adam.

Adam sedang mendengar tip daripada Zulfahmi.
Adam sedang mendengar tip daripada Zulfahmi.

Saingan CEV Moto2 kali ini telah diungguli oleh pasangan jagoan pasukan Fermin Aldeguer dan manakala Alonso Lopez yang ternyata sukar untuk dipintas. Adam yang bermula di petak keempat berjaya menggunakan segala pengalamannya untuk kekal bersama pasukan hadapan. Selepas berjaya memintas pencabarnya, Adam cuba mengejar dua pelumba di hadapan dan akhirnya menerima kibaran bendera penamat di tempat ketiga dengan catatan masa 14:43,890.

Saingan seterusnya akan diadakan di Litar Catalunya, Bercelona pada 13 Jun 2021 nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.