☰
Isu Terkini

Oktober 2024

31 Mei 2021

MotoGP: Fabio Quartararo: Juara Dalam Pembikinan

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP meraih kemenangan dalam satu perlumbaan yang penuh emosi untuk melangkah lebih jauh dalam sasarannya bergelar juara dunia musim ini. Dalam saingan akhir itu, Fabio berjaya menewaskan Miguel Oliveira dan juara bertahan, Joan Mir (Pasukan Suzuki Ecstar) seterus 'menghadiahkan' kemenangannya buat mendiang Jason Dupasquier.

Penghormatan buat mendiang Jason Dupasquier.
Penghormatan buat mendiang Jason Dupasquier.

Fabio bermula dengan baik tetapi segera dipintas oleh Francesco Bagnaia yang mempunyai enjin lebih bertenaga. Dalam kekalutan mencari ruang untuk berada di depan, Marc Marquez terbabas keluar litar, hampir-hampir menarik sama Franco Morbidelli dan tidak lama selepas itu, Bagnaia juga mengikut 'jejak' yang sama.

Fabio '20' bermula cukup baik tetapi kepantasan Pecco '63' memang menakjubkan!
Fabio '20' bermula cukup baik tetapi kepantasan Pecco '63' memang menakjubkan!
Miller '43' gagal menyekat dua jagoan Suzuki di belakang.
Miller '43' gagal menyekat dua jagoan Suzuki di belakang.
Marc Marquez terbabas di awal saingan.
Marc Marquez terbabas di awal saingan.

Kelompok depan diungguli oleh Fabio, Johann Zarco, Miguel, Jack Miller, Alex Rins dan Joan Mir. Kepantasan jentera Yamaha M1 milik Fabio gagal dicabar oleh para pelumba lain. Zarco juga agak sukar dicabar pada mulanya sehinggakan saingan berbaki 8 lap apabila dia berjaya diekori rapat. Zarco hilang posisi podium apabila dipotong seorang demi seorang.

Alex Rins kecewa selepas terkeluar dari perlumbaan.
Alex Rins kecewa selepas terkeluar dari perlumbaan.

Selepas berjaya berada di depan, Miguel cuba membuka lebih-lebih lagi menghalang bekas juara, Joan Mir yang sudah tidak sabar-sabar merebut kedudukan. Nasib seorang lagi pelumba Suzuki, Alex Rins tidak begitu baik apabila tercampak ke luar litar beberapa lap sebelum tamat.

Valentino Rossi dapat tempat ke-10 di Litar Mugello.
Valentino Rossi dapat tempat ke-10 di Litar Mugello.

Kemenangan tersebut telah memperkukuhkan kedudukan Fabio di tangga pertama dengan 105 mata diikuti oleh Johann Zarco, 81 mata. Joan Mir tambah 16 mata lagi untuk berada di tangga kelima (65 mata). Turut menarik perhatian ramai ialah keupayaan Maverick Vinales meraih tempat kelapan walaupun tidak bermula dengan baik. 'The Doctor' berpuas hati dengan prestasi jenteranya selepas meraih tempat ke-10. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).