☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Oktober 2026

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc. Model ini menggabungkan rekabentuk bobber yang cukup garang dengan ciri elektronik moden dan spesifikasi enjin yang mantap. RR bersama pihak media Malaysia berpeluang melihat dan menunggang uji model ini ketika menyertai lawatan ke Ibu Pejabat Haojin Motorcycle di Guangzhou dan ini adalah info ringkas mengenai model tersebut.

Dari segi rupa, PUNK 500 mempunyai karaktor yang agak berbeza daripada cruiser konvensional. Ini dapat kita lihat menerusi rekaan pelananya yang agak rendah (720mm), reka tubuh badan yang ringkas, saiz tapak roda agak panjang (1,52mm) dan tayar lebar yang memberikan penampilan sebuah jentera garang.

Untuk melengkapkan PUNK 500 ini sebagai sebuah jentera bobber, lampu utamanya direka bentuk bulat yang diselarikan dengan rekaan panel meter dan cermin sisi (bar-end). Namun begitu, dari segi rekabentuk enjin, casis dan sistem ekzos pula nampak moden. Gabungan dua elemen ini sememangnya menjadikan PUNK 500 cukup menarik.

PUNK 500 disempurnakan denan enjin parallel-twin 500cc, 8 injap, sistem sejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 39.8 kW (sekitar 54 hp) pada 8,000 rpm, tork 50.7 Nm pada 7,000 rpm dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan. Terdapat juga spesifikasi yang berbeza mengikut pasaran.

Contohnya, tangki bahan api berkapasiti 15 liter ditawarkan untuk pasaran Eropah, manakala saiz tangki untuk pasaran China ialah 16.2 liter dan berapa pula untuk pasaran negara kita nanti?

Posisi menunggangnya tidak jauh berbeza dengan jentera cruiser/bobber dari jenama-jenama lain di pasaran. Jarak dan ketinggian bar hendal juga sesuai untuk semua jenis penunggang. Saya sendiri rasakannya selesa. PUNK 500 seberat 202kg yang memerlupkan lebih tenaga untuk kita menolak/menarik lebih-lebih lagi di ruangan yang agak terhad. Tapi, apabila mula bergerak, PUNK 500 memang cukup tankas.

Atas kertas, kelajuan maksimum yang dinyatakan oleh pihak LETBE adalah melebihi 165 km/j tetapi memang mustahil untuk kami capai di ruang 'testride' yang disediakan. Apa pun, sistem transmisinya lancar dan kuasa torknya memang padu untuk memecut walaupun dalam kedudukan gear keempat dan kelima.

PUNK 500 turut dilengkapi dengan sistem ABS dua saluran dan sistem Traction Control System (TCS) yang mengawal pergerakan tayar-tayarnya yang bersaiz 130/90-16 (depan) dan 150/80-16 (belakang).

Fork hadapannya jenis terbalik (USD) boleh laras yang dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis tunggal yang jujurnya saya rasa agak keras sedikit. Melompat-lompat juga sewaktu di laluan berbatu. Namun begitu, sebaiknya selesai sesi tunggang uji, kami didatangi para jurutera LETBE yang mengambil semua maklumat dan respon dengan terperinci untuk tujuan penambahbaikan.

Walaupun ia sebuah jentera boober atau cruiser, saya suka pada panel meternya jenis TFT yang cukup jelas, lampu-lampu jenis LED, sistem kunci pintar, port USB dan teknologi Bluetooth.

Menariknya, PUNK 500 sedang dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Oleh itu, harga rasmi, tarikh pelancaran dan spesifikasi akhir yang sesuai untuk pasaran Malaysia masih belum kita terima. Harap bersabar ye kawan-kawan!

LETBE PUNK 500 bakal hadir dengan menawarkan kombinasi gaya bobber, enjin twin 500cc dan teknologi moden dalam satu pakej. Dengan tempat duduk rendah dan reka bentuk yang menonjol, ia jelas menyasarkan penunggang yang mahukan jentera yang bergaya dan santai. RR

Popular

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Artikel berkaitan

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch kepada tiga lagi modeluantuk pasaran Malaysia iaitu Honda NX500, CB750 dan Transalp.

Dari Litar

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team.