☰
Isu Terkini

Oktober 2024

10 Ogos 2021

KYMCO Sah Hadir ke EICMA

Pengeluar motosikal dari Taiwan, Kymco telah mengesahkan kehadiran mereka di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA  ke-78 yang akan berlangsung di Milan pada 23 hingga 28 November 2021. Pihak penganjur amat sukacita dengan khabaran tersebut kerana Kymco merupakan antara pengeluar penting dalam dunia skuter, motosikal dan quad di pasaran global.

Ruang pameran Kymco di EICMA 2019.
Ruang pameran Kymco di EICMA 2019.

“Ia adalah satu penghargaan buat kami untuk bersama-sama dengan EICMA di dalam fasa dan tahun yang mencabar ini. Selepas apa yang berlaku pada tahun 2020, adalah amat penting buat dunia motosikal untuk kembali segar dan memulakan ‘langkah’ serba baru,” kata Stefano Gianotti, wakil Padana Syiluppo Group (KMI Italia) yang merupakan pengedar sah Kymco di Itali.

Kembalinya Kymco ke EICMA adalah untuk membuktikan kesungguhan para pencinta motosikal untuk kembali normal dengan menampilkan pelbagai model-model baru terus dari Taiwan buat tatapan para pengunjung kelak. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.