Isu Terkini

Oktober 2024

22 September 2021

Suzuki Malaysia Pratonton 3 Model Baru dan 'Tayang' 3 Lagi Model 150cc

Suzuki Malaysia telah mempratontonkan tiga model baru iaitu Suzuki Hayabusa 1300, Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki V-Strom 1050XT. Ketiga-tiga jentera ini diperkenalkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan iaitu En. Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaha ditemani oleh Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato' Jeffrey Lim. Ketiga-tiga model ini pastinya memeriahkan lagi pasaran motosikal berkuasa tinggi negara.

Suzuki Hayabusa merupakan model lagenda yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia pernah digelar sebagai motosikal paling laju di dunia suatu ketika dulu. Untuk model baru ini, Suzuki telah melengkapkan jentera ini dengan enjin 1,340cc yang berkuasa 140kW pada 9,700rpm dan tork 150Nm pada 7000rpm.

Selain itu, enjin Hayabusa baru turut ditambah baik dengan penggunaan omboh, rod, aci engkol, sesondol dan sistem transmisi yang lengkap dengan Assist-Slipper Clutch.

Model ini didatangkan dengan tiga mod tunggangan (A-Active, B-Basic and C-Comfort) yang boleh ditala mengikut kesesuaian tunggangan. Sensor six-axis IMU mengaktifkan Lean-sensitive ABS Braking, Traction Control dan Launch Control.

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada Hayabusa 2021 ialah sistem Cruise Control, Speed Limiter, Motion Track Brake System, Hill Hold Control System, Emergency Stop Signal, Engine Brake Control, Bi-directional Quick Shift System, Power Mode Selector dan Anti-lift Control System.

GSX-S1000 merupakan model jalanan terulung dari Suzuki yang dicipta berasaskan DNA jentera superbike GSX-R1000 dan turut memiliki teknologi moden dari dunia perlumbaan MotoGP.

Model jalanan ini memiliki kekuatan enjin setinggi 149.8hp pada 11,000rpm dan tork 106Nm pada 9,500rpm. GSX-S1000 turut dipadatkan dengan sistem elektronik terkini seperti Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S), Suzuki Drive Mode Selector (tiga mod tunggangan), Suzuki Traction Control System, Electronic Throttle System, Low RPM Assist, Easy Start System, Suzuki Clutch Assist System (SCAS) dan Suzuki Easy Start System.

Kehadiran model kembara V-Strom 1050XT pastinya ditunggu-tunggu oleh para peminat jentera dual-purpose khususnya. Sekali imbas, nampak seperti model Dr Big cukup digemari dari dulu hingga kini.

V-Strom 1050 XT memiliki pakej yang sempurna bagi sebuah jentera pengembaraan. Ia disempurnakan dengan sistem elektronik canggih iaitu Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang lengkap dengan Motion Track Brake System, Hill Hold Control System, Slope Dependent Control System, Load Dependent Control System, Cruise Control System, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) dan sistem Traction Control.

Segala informasi dan data perjalanan dapat dilihat dengan mudah menerusi panel TFT yang terdapat pada V-Strom baru ini. Enjin bersesaran 1,037cc, 90° V-kembar, Euro 5 mampu menjanakan kuasa maksimum 79.0kW pada 8,500rpm.

Ketika acara pratonton itu diadakan secara 'Live' turut 'didedahkan' ialah tiga model 150cc yang dinanti-nantikan oleh warga net dan peminat motosikal di seluruh negara. Pihak Suzuki Malaysia telah 'menayangkan' Suzuki Belang 150, GSX-R150 dan GSX-S150 yang dikatakan bakal dipasang (CKD) di negara ini.

Model GSX-R150 berwarna kuning sedang 'ditayangkan'....
Model GSX-R150 berwarna kuning sedang 'ditayangkan'....
Kelibat Belang 150 pula 'lalu' di belakang Dato' Jeffrey 'kiri' dan En. Ahmad Faez.
Kelibat Belang 150 pula 'lalu' di belakang Dato' Jeffrey 'kiri' dan En. Ahmad Faez.

Suzuki GSX-S150 & GSX-R150 (kanan).

Ruang komen terus sibuk dengan maklum balas para netizen yang sudah tidak sabar-sabar lagi menunggu pelancaran model-model tersebut ke pasaran negara. RR pun sama juga! RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.