☰
Isu Terkini

Oktober 2024

16 November 2021

Yamaha Eropah Lancar XSR900 2022

Sejak model pertama XSR900 diperkenalkan pada tahun 2016 lalu, segmen jentera Neo Retro atau Sports Heritage semakin berkembang dan popular. Selepas beberapa lama menunggu, Yamaha akhirnya melancarkan XSR900 serba baru yang menawarkan rekabentuk unik, karaktor yang mantap dan teknologi moden.

Untuk model 2022, XSR900 didatangkan dengan enjin berkuasa lebih besar 889cc CP3 yang memiliki hantaran kuasa 119PS pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm. Bagi mereka yang sudah mengenali kemantapan enjin CP3, XSR900 baru ini pasti memberi keterujaan.

Sistem elektronik serba baru milik jentera ini adalah dari Unit Inertial Measurement 6-axis (IMU) yang 50% lebih kecil dan 40% lebih ringan berbanding rekabentuk asal R1 2015. Antara sistem elektronik bantuan penunggang yang dimiliki oleh skuter ini ialah Lean Sensitive Traction Control System, Slide Control System (SCS) dan Front Wheel Lift Control System (LIF) yang diambil dari dunia perlumbaan MotoGP.

Bukan itu sahaja, XSR900 baru ini juga disempurnakan dengan pelbagai lagi sistem canggih seperti Quick Shifter, Mod Tunggangan, Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), panel meter TFT, Cruise Control, A&S Clutch dan Yamaha MyGarage App.

Model baru ini didatangkan dalam Legend Blue, Cyan dan Kuning dengan fork serta rim berwarna emas manakala unit Midnight Black dilengkapkan dengan fork berwarna hitam. RR

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada model ini ialah:

  • posisi menunggang yang selesa
  • lampu-lampu LED
  • casis Deltabox yang ringan
  • rim spinforged 10 jejari yang ringan
  • brek hadapan 298mm dengan silinder utama Brembo
  • Cermin sisi bar end
  • tangki bahan api 15 liter berinspirasi jentera perlumbaan
  • sistem ekzos yang mantap
  • fork hadapan USD boleh laras

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.