☰
Isu Terkini

Oktober 2024

25 Februari 2022

Modenas Lancarkan Karisma 125S Baru!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan Modenas Karisma 125S serba baru yang memiliki rekabentuk dan spesifikasi yang lebih mantap. Karisma 125S baru ini dilengkapi dengan enjin 4 lejang bersesaran 124.8cc, silinder tunggal yang berpiawaian “Energy Efficient Vehicles (EEV)” serta EURO 4 ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 7.0kW pada 7,500rpm dan tork 10.0Nm pada 6,000rpm.

Modenas Karisma mula dilancarkan pada Ogos 2003 dan sejak itu, ia telah menerima sambutan hangat oleh para peminat skuter khususnya. Pada tahun 2016, Karisma telah diberi sentuhan baru atau 'facelift' yang tampak lebih moden. Untuk model baru ini, ia disempurnakan dengan lampu-lampu jenis LED cukup bergaya beserta Daytime Running Lights (DRL). Rekabentuk meter baru moden ini dipadankan penunjuk bahan api digital yang mudah dilihat.

Skuter terbaharu ini direka untuk keselesaan dan praktikaliti. Ruang simpanan 14 liter yang cukup besar membolehkan kita mengisi pelbagai jenis barangan manakala dua ruang simpan kecil di bahagian hadapan turut menyenangkan para pemiliknya. Modenas ini juga dilengkapi dengan soket pengecas USB dan lampu kecemasan (hazard lights) yang cukup membantu semasa kecemasan.

Terdapat tiga pilihan warna baru yang diperkenalkan iaitu, Mystic Red, Duchess Gold, Aqua Blue dan ditawarkan pada harga RM RM5,397 (tanpa insurans dan cukai jalan). Motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar MODENAS yang sah mulai 24 Februari 2022. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).