Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa
Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 97.3Nm pada 8,000rpm. Model baru ini direka untuk mereka yang mahukan sebuah jentera berprestasi dan pada masa sama masih selesa untuk pengembaraan jarak jauh.

Untuk prestasi lebih mantap khususnya ketika memecut dan di laluan berselekoh, Kawasaki melengkapkan model ini dengan kerangka baru jenis trellis yang bertegaran tinggi. Posisi menunggang menegak dan cukup selesa untuk pengendalian di laluan sesak dan semestinya untuk perjalanan jauh.


Cermin pengadang angin model ini pula boleh dilaras kepada tujuh ketinggian dan bagi memudahkan Versys ini ditunggang, pelananya juga kini boleh dilaras di antara 825mm hingga 845mm.
Menerusi sistem ARAS (Advanced Rider Assistance Systems), pemilik Versys 900 akan menikmati sistem Adaptive Cruise Control Lite (ACC Lite), Forward Collision Warning (FCW), Blind Spot Detection (BSD). dan Emergency Stop Signal (ESS).

Selain itu, sistem elektonik yang menanti anda adalah seperti:
- Kawasaki Cornering Management Function (KCMF)
- Kawasaki TRaction Control (KTRC)
- Enhanced ABS
- Power Modes
- Integrated Riding Modes
- Kawasaki Quick Shifter (KQS)
- Kawasaki Rideology - sambungan dengan telefon pintar.

Semua talaan dan informasi ini boleh diakses menerusi panel meter TFT bersaiz 5-inci yang hadir dengan dua pilihan paparan berbeza.
Model ini ditawarkan dalam beberapa versi iaitu Versys 900 standard dan Versys 900 SE dengan pilihan pakej touring dengan aksesori tulen Kawasaki.


Pilihan warna:
Versys 900
• Metallic Spark Black
• Pearl Robotic White


Versys 900 SE
• Plasma Lime Green / Metallic Spark Black
• Firecracker Red / Metallic Carbon Gray
Kita berharap pihak Kawasaki Malaysia cepat-cepat membawa masuk Versys baru ini ke pasaran negara! Sabar ye kawan-kawan! RR




