☰
Isu Terkini

Oktober 2024

28 April 2022

Marc Marquez Harap Litar Jerez Berikan Keputusan Lebih Baik

Pasukan Repsol Honda tiba di Sepanyol dengan semangat untuk memperbaiki prestasi yang dilihat tidak seperti yang diharapkan. Marc Marquez dan Pol Espargaro bersedia untuk beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri. Satu lagi episod menarik bakal kita saksikan pada perlumbaan MotoGP di litar Jerez de la Frontera di selatan Sepanyol bersempena saingan pusingan ke-6 musim 2022.

Circuito de Jerez – Angelo Nieto, pertama kali dipilih untuk menjadi tuan rumah perlumbaan GP ialah pada tahun 1987 dan sejak dari saat itulah litar ini menjadi salah satu destinasi 'pertempuran' yang tidak mungkin akan ditinggalkan dalam kalendar MotoGP.

Marc Marquez.
Marc Marquez.

Litar Sepanyol klasik itu sepanjang 4.4 kilometer dengan lima selekoh kiri dan lapan selekoh kanan. Marc Marquez mempunyai rekod yang luar biasa di sini dengan muncul juara sebanyak tiga kali. Antara pelumba yang berjaya mencipta lebih daripada satu kemenangan di litar ini ialah Valentino Rossi (6 kali), Jorge Lorenzo (3 kali), Dani Pedrosa (3 kali) dan Fabio Quatararo (2 kali).

Untuk saingan kali ini, Marquez berharap litar Jerez akan memberikan peluang buat dirinya dan pasukan Repsol Honda untuk memahami sepenuhnya situasi, penambahbaikan prestasi jentera dan melintasi garisan penamat di tempat pertama.

Rakan sepasukannya, Pol Espargaro juga mempunyai kenangan manis di litar ini iaitu dengan kedudukan 10 teratas sebanyak lima kali.

Pol Espargaro.
Pol Espargaro.

Tidak dinafikan, pelumba bernombor 44 telah memulakan musim 2022 dengan prestasi yang luar biasa. Namun begitu, beberapa masalah dan halangan tiba di saat dia telah berusaha cukup gigih untuk mempamerkan kemampuannya dan Honda.

Pol Espargaro '44' & Marc Marquez.
Pol Espargaro '44' & Marc Marquez.

Lebih menarik, Stefan Bradl akan membuat penampilan sebagai wildcard pertamanya tahun ini dan ini bermakna akan ada lima buah Honda RC213V di Jerez nanti. Selamat Maju Jaya.

Stefan Bradl.
Stefan Bradl.

Adakah Marc Marquez mampu kembalikan saat kegemilangannya?

“Sudah tentu saya cukup gembira kembali ke Jerez dan bersama-sama para peminat. Ini adalah litar yang cukup istimewa buat saya khususnya dan selepas dua tahun kita melawan wabak, akhirnya para penonton dapat kembali ke merasai kemeriahan. Saya sedar prestasi sekarang ini masih terumbang ambing dan semoga Jerez bakal memberikan saya keputusan yang menakjubkan,” komen Marc Marquez. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).