Isu Terkini

Oktober 2024

10 November 2019

Azroy Hakeem Anuar Juara Dalam Pembikinan

Bagi peminat perlumban PETRONAS Cub Prix dan Asia Road Racing (ARRC) khususnya pasukan Honda, nama Azroy Hakeem Anuar sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Azroy merupakan  antara pelumba muda Honda yang telah mempamerkan kecemerlangan sehingga mampu bersaing di dalam pertarungan yang selama ini didominasi oleh jenama saingannya.

Azroy berumur 20 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kariernya dalam dunia cub prix bermula pada tahun 2013 dengan menyertai saingan Wira bersama pasukan persendirian. Apabila akur dengan kemampuannya yang perlu lebih latihan kerana gagal mendapatkan keputusan yang memberangsangkan, Azroy menyertai perlumbaan satu jenama, Honda Future dan menamatkan saingannya di tangga ke-14 keseluruhan.

Tahun berikutnya, pelumba muda ini ternyata lebih berani, berpengalaman dan mempunyai keazaman untuk menang. Semakin banyak Azroy merangkul kejuaraan dan menunjukkan keserasian yang cukup hebat dengan jentera Honda yang ditungganginya. Jika tahun sebelumnya dia di tempat ke-14, tahun 2014 telah melonjakkan namanya cukup tinggi selepas berjaya menjadi naib keseluruhan.

Pada tahun 2015, Azroymengembangkan kemahirannya dengan menyertai dua perlumbaan sekaligus iaitu Asia Talent Cup (ATC) dengan menunggang jentera Moto3 dan persaingan cub prix dalam kategori CP115. “Untuk saingan ATC, saya amat bertuah kerana dapat tunjur ajar dan nasihat daripada bekas pelumba GP negara, Syahrol Yuzy. Beliau telah menyediakan jentera dan sesi latihan di Litar Speedway PLUS Circuit (Litar Elite) untuk saya menjalani latihan dengan sebaik-baiknya,” komen Azroy.

Keputusan terbaik yang berjaya dicapai dalam kejuaraan ATC ialah ketika perlumbaan di Jepun, Azroy meraih tempat kelima dan ketika di Litar Antarabangsa Sepang, Azroy mampu bersaing dengan kumpulan hadapan seterusnya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan. Dalam persaingan cub prix pula, Azroy mula mencuri tumpuan dengan kecekalannya mencabar para pelumba terkenal dan antara keputusan terbaiknya ialah ketika di Jempol dengan kejayaan di tempat keempat.

Azroy kembali memberi cabaran pada musim 2016 selepas diberi peluang oleh Yuzy untuk bersama pasukannya (GIVI Honda Racing) yang beraksi dalam CP115 dan di Asian Road Racing Championship (ARRC). Azroy menyahut cabaran tersebut dengan mempamerkan tunggangan yang semakin matang dan walaupun beberapa kali terpaksa akur dengan kesilapan diri, Azroy berjaya mendapatkan podium tertingginya pada tahun itu apabila muncul juara di litar Jempol. Azroy turut berbangga dengan kemampuannya berada di antara 10 pelumba terbaik dalam saingan ARRC. “Kemenangan dan kejayaan itu telah membakar semangat saya untuk terus berjaya dan mencipta lebih banyak kejutan untuk pasukan,” ujar Azroy.

Azroy berjuang dalam tiga persaingan iaitu cub prix, ARRC dan ATC pada tahun 2017 dan ia adalah satu tanggangjawab berat yang berjaya digalasnya dengan cemerlang sekali. Berbekalkan semangat yang cekal, disiplin yang tinggi dan tunjuk ajar daripada rakan sepasukan yang bertaraf dunia, Md Zaqhwan Zaidi, Azroy berjaya menamatkan cabarannya musim itu dengan menduduki tempat ke-6 keseluruhan (CP115), ke-5 keseluruhan (ARRC) dan ke-6 keseluruhan dalam perlumbaan Asia Talent Cup.

Pada tahun 2018, Azroy kembali bersama pasukan Honda GIVI Yuzy Racing untuk meneruskan sasaran menerusi kelas prima CP150, melangkah masuk ke perlumbaan ARRC dengan memacu jentera bersesaran 600cc bersama pasukan Mushashi Honda dan turut bersaing dalam perlumbaan Pirelli Malaysia Superbike Championship (kelas Superstock).

Kemantapan dan bakat semulajadi yang Azroy miliki membolehkannya cepat matang dan semakin mampu untuk menyaingi para pelumba yang lebih berpengalaman. Azroy amat positif dan cukup bertenaga sehinggakan mampu memberi cabaran kepada dua pelumba hebat iaitu Kasma Daniel dan Md Afif.

Kejayaan cukup manis dicapai olehnya sekali lagi di Litar Jempol dengan kedudukan di tempat ketiga.

“Saya tidak memiliki sasaran besar dalam musim pertama ARRC bersama jentera CBR600 sebaliknya mengambil peluang di atas kepercayaan pihak Boon Siew Honda untuk belajar dan memahami karaktor jentera ini dengan cepat,” kata Azroy yang berjaya menamatkan cabaran kategori prima CP150 di antara 10 pelumba terbaik,

Pada tahun ini, Azroy Hakeem sekali lagi menggalas cabaran bersama pasukan Honda Yuzy Racing telah menunjukkan prestasi tunggangan cukup mantap dalam saingan CP150 dan di bawah 'payung' Mushashi Boon Siew Honda Racing Team ARRC SS600. Kejayaannya menang di tiga pusingan setakat ini (Jasin, Batu Kawan dan Kuala Terengganu) telah membuktikan peningkatan prestasinya yang amat mengagumkan.

Azroy turut menempa nama dalam saingan SS600 Asia Road Racing dengan kedudukan selepas enam pusingan ialah di tangga  keempat keseluruhan (106 mata di belakang jaguh-jaguh handal seperti Peerapong Boonlert, Kasma Daniel dan Muhd Adam Norrodin). Azroy telah menduduki tempat keempat sebanyak tiga kali dan masih terus bersemangat untuk menjadi juara. Tahniah buat Azroy dan didoakan agar segala impiannya untuk mewakili negara dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa tercapai. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Disyorkan untuk anda
Berita Kelab

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

Konvoi Kembara Road Rider Crew Taiping (RRCT) 3.0 dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-4 kelab

Dari Litar

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Ramli terus mengutip mata berharga dalam saingan Moto3 apabila menamatkan GP Jerman di Litar Sachsenring di kedudukan ke-12

Dari Litar

Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

Pedro Acosta kini dengan rasminya menyertai pasukan Ducati bersama dengan Juara MotoGP tujuh kali, Marc Marquez.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.