☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2026

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari kiri: Amirul, Erywan, Doc Yus & Kam Foo.
Dari kiri: Amirul, Erywan, Doc Yus & Kam Foo.

Untuk berlaku adil...kita test dua-dua model sekali. Bawa jalan jauh. Naik bukit. Masuk selekoh. Lalu jalan bandar. Lepas beberapa jam, barulah tahu perangai sebenar skuter itu. Itulah yang dilakukan dalam sesi media ride Yamaha XMAX 250 dan XMAX 300 yang disertai empat media tempatan iaitu RodaRoda (Doc Yus), Mekanika (Amirul), Foo Throttle (Kam Foo) dan Motoqar (Erywan).

Mana satu pilihan anda? Yamaha XMAX 250 atau XMAX 300?

Sebelum itu, jutaan terima kasih buat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di atas kesudian menjemput para media untuk menyertai sesi tunggang uji ini. Perjalanan bermula di Kompleks HLYM yang terletak di Sungai Buloh. Wah...betul-betul tak sangka, setiap media turut menerima topi keledar Yamaha, tumbler Yamaha dan 'phone holder' juga dari Yamaha. Bak kata kawan kita... Ini baru Terpaling Yamaha.

Usai sarapan, konvoi mula bergerak. Dua 'rider' naik XMAX 250, lagi dua naik model baru XMAX 300. Destinasi pertama hanya tiga kilometer dari HLYM iaitu di Rumah Kayu 1928 dan konvoi berhenti hanya untuk bergambar kenangan. Ye lah...tempat pun cantik! Rugi tak singgah. Lepas tu, Doc Yus selaku Ketua Konvoi terus memecut menuju ke Ulu Yam. Yes... time lah nak rasa ketangkasan skuter-skuter XMAX tu kan?

Perjalanan dari Ulu Yam - Batang Kali ke Gohtong Jaya sememangnya sesuai untuk kita rasakan perbezaan di antara kedua-dua model. Seperti yang kita tahu, XMAX 250 disempurnakan dengan enjin 249.8cc, silinder tunggal, SOHC yang memberikan kuasa 22.5hp dan tork 24.3Nm manakala XMAX 300 pula hadir dengan enjin 292.3cc, silinder tunggal, SOHC dengan hantaran kuasa setinggi 27.6hp dan tork 29.0Nm. Ternyata perbezaan angka-angka ini memberikan respon pendikit dan tahap pecutan yang berlainan.

Kalau tadi banyak jalan lurus, di Ulu Yam sudah mula jumpa selekoh. Di sinilah rasa menunggang XMAX mula berubah. Badan skuter ini memang besar. Tetapi bila sudah biasa dengan berat dan saiznya, ia tidaklah susah sangat hendak dibawa masuk selekoh.

XMAX 300 ternyata dapat memecut dengan lebih pantas dan lancar di laluan mendaki berbanding model 250. Perbezaannya sangat jelas. Setiap kali memulas pendikit keluar dari selekoh, model 300cc lebih pantas 'berlari' ke hadapan. Untuk para penunggang yang inginkan nikmati bermotor di laluan sebegini, 'kemenangan' sudah pasti berpihak kepada XMAX terbaru.

Bukan bermaksud XMAX 250 tidak boleh mendaki Genting. Boleh. Cuma XMAX 300 ada lebih banyak tenaga untuk dinikmati dalam putaran enjin yang tidak begitu tinggi.

Suasana di KHAIIestate sememangnya cukup mendamaikan. Pemandangan keindahan sungai, kehijauan pokok-pokok dan ketenangan alam sedikit sebanyak menghilangkan rasa kusut dengan kesibukan kota. Konvoi berhenti untuk menikmati makan tengahari di sini. Masa yang agak panjang diambil sebaik-baiknya untuk berehat, menghargai alam dan menikmati pelbagai juadah makanan dan menyempurnakan tugasan. Semua kena buat 'Content' ya!! Jangan curi tulang!

Meman betul pun! Ada yang tengok enjin. Ada yang turun...naik...turun...sebab nak rasa selesa.vAda yang sibuk dengan teknologi dan ada yang lebih banyak ambil video dan gambar.

Turut menyantuni para media di KHAIIestate ialah Ketua Penjenamaan & Komunikasi HLYM, En. KC Ng 'dua dari kiri'dan Ms Juyen.
Turut menyantuni para media di KHAIIestate ialah Ketua Penjenamaan & Komunikasi HLYM, En. KC Ng 'dua dari kiri'dan Ms Juyen.

Konvoi berkumpul semua dan tiba masanya mencuba prestasi kedua-dua model ini di ibu kota Kuala Lumpur. Sememangnya Yahama XMAX 250 merupakan antara skuter paling popular di Malaysia dan digunakan oleh pengguna motosikal untuk tunggangan harian mahupun berkunjung ke pelbagai destinasi bila tiba waktu terluang.

Dalam bandar, keupayaan dan prestasi XMAX 250 dan XMAX 300 boleh dikatakan agak setara. Kedua-dua model ini lincah, tangkas dan boleh memecut dengan pantas apabila ruang terbuka. Cuma... sebaik sahaja konvoi masuk ke Kuala Lumpur, hujan turut dengan agak lebat. Kalau ikut firasat Doc Yus, memang dia nak ride dalam hujan. Baru complete sesi testride kali ini.

Konvoi berhenti...masing-masing pakai pakai baju hujan kecuali Erywan! Tapi dengan pantas dia terus ke kedai motosikal (secara kebetulan bersebelahan) dan beli satu set baju hujan baru. Bagus betul!! Tapi apakan daya, tak sampai 15 minit kemudian, hujan pun berhenti terus! Sabar ye Erywan.

Dengan adanya sistem ABS dan Traction Control yang dipadankan pada skuter maksi ini, pergerakan di atas permukaan yang licin lebih meyakinkan. Ketinggian cermin pengadang angin (windsheild) yang boleh dikawal secara automatik juga membantu mengurangkan percikan air terus kepada penunggang. Itu kalau hujan gerimislah...kalau lebat, basah lencun juga!

Bab menyelit dan mencelah memang bukan satu masalah buat skuter Yamaha ni. Dengan berat 183kg (XMAX 250) dan 185kg untuk model 300cc, mengawal pergerakan skuter-skuter ini memang mudah dan kami yakin, ia sesuai untuk semua golongan penunggang. Tak perlu fikir tukar gear dan tidak cepat lenguh walaupun jarak perjalanan mula menjadi jauh. Para peserta singgah bergambar kenangan di Dataran Merdeka dan kemudian meneruskan perjalanan ke Levain Boulangerie untuk minum petan. Terima kasih buat En. KC dan Ms Juyen yang sekali lagi hadir memberi semangat buat para peserta konvoi.

Dari kota Kuala Lumpur, enjin XMAX 250 dan XMAX 300 dikerah lagi. Kali ini menuju ke restoran Puncak ALOP, Bukit Ampang untuk makan malam dan di sini juga sesi 'Media Testride' juga melabuhkan tirainya. Apa pun, yang paling seronok ialah apabila empat media berkumpul, sudah tentu masing-masing ada cara sendiri melihat dan menilai sesebuah skuter.

Biasalah, masing-masing ada pandangan tersendiri. Ada yang suka XMAX 250. Ada yang kata 300 lebih sedap. Ada yang lebih hantaran suka kuasa 300. Ada pula yang kata 250 sudah cukup.

Jadi, mana satu lebih menarik? Kalau banyak nak ride dalam bandar, ulang-alik kerja dan sesekali keluar jalan jauh, XMAX 250 sudah mencukupi tapi buat mereka yang memang suka ride jauh, selalu naik bukit atau kerap membawa pembonceng, XMAX 300 adalah pilihan yang lebih menarik. Percayalah, tambahan kuasa itu memang terasa apabila kita berada di jalan mendaki atau ketika hendak memotong.

Apa kata mereka?

"Apabila menunggang Yamaha Xmax 250, hampir serta merta kita akan memahami kenapa ianya kenderaan komuter paling unggul. Ketangkasannya, keringanannya dan tarikan torknya menjadikannya hampir tiada tandingan di dalam segmen skuter 250cc. Namun, sebagai seorang penunggang terlebih selera makan, yang menjangkau had maksima berat muatan Xmax 250, saya kerap kali meninginkan kuasa yang lebih, untuk menangani kekurangan akibat dari kelebihan ini. Kuasa itu telah diberikan oleh varian Xmax 300".

Doc Yus 'XMAX 250' & Kam Foo 'XMAX 300'.
Doc Yus 'XMAX 250' & Kam Foo 'XMAX 300'.

"Jika diberikan _ultimatum_, dipaksa untuk memilih satu di antara keduanya, ianya akan menjadi satu dilema yang mungkin menyebabkan gangguan jiwa. Kerana ianya bukanlah senang atau serta-merta. Sekiranya tujuan memiliki sebuah xmax ialah sebagai seorang penunggang ulang-alik setiap hari, ke tempat kerja, dan menghantar anak ke sekolah, membeli perkakasan rumah contohnya, maka kedua-duanya sungguh bersesuaian".

"Jika lesen terhad kepada B2, maka varian 250 sudah lebih dari memadai. Dan itulah pilihan yang tepat.
Sekiranya mempunyai lesen B1 atau B, maka varian 250 juga sudah lebih dari memadai. Juga pilihan yang tepat.
Tetapi … ah, tetapi … Jika inginkan kuasa yang lebih, dan dipadankan pula dengan sedikit lagi keselesaan, maka varian 300 lah pilihannya. Pilihan yang amat tepat".

Yamaha XMAX 300 - Lebih berkuasa..kuasa cukup terasa terutama ketika mendaki!
Yamaha XMAX 300 - Lebih berkuasa..kuasa cukup terasa terutama ketika mendaki!

"Dari situ, keluarlah segala klise, seperti “ukur baju dibadan sendiri”, dan “tepuklah dada, tanyalah selera”.
Sebab itu saya katakan tadi, boleh jadi gangguan jiwa. Kerana tiada pilihan antara keduanya yang salah. Dua-dua betul!
Kesimpulannya, kedua-dua varian Xmax ini mempunyai kelebihan mereka, dan kedua-duanya tangkas, berkuasa and jimat. Yang membezakan varian 300 dari 250 ialah kuasa, penambahbaikan dari segi keselesaan dan penampilan, dan tentunya harga", Duc Yus, RodaRoda.

Amirul - Mekanika

"Dari seri prestasi Yamaha XMAX 300, saya memang puas hati. Pick-up XMAX 300 memang efisien, langsung tiada lag dari segi power delivery. Media Ride tu pulak mantap, walaupun ride sehari tapi puas. Dapat rasa highway, slow corner, fast corner, panas, hujan lebat, semua complete".

Kam Foo - Foo Throttle

"Saya memang sangat menikmati pengalaman media test ride Yamaha XMAX 300 Tech MAX! Secara keseluruhannya, pengurusan acara sangat lancar dan tersusun dengan baik. Saya sangat berpuas hati dengan cara sesi ini dijalankan. Masa dan peluang yang diberikan juga cukup untuk kami merasai sendiri pengalaman menunggang XMAX 300 Tech MAX baharu ini di jalan raya".

"Dari segi motosikal itu sendiri, saya benar-benar kagum dengan prestasi keseluruhannya. Peningkatan dari segi keselesaan, kehalusan enjin, pengendalian, penyaluran kuasa serta ciri-ciri premium menjadikannya sebuah skuter maxi yang sangat lengkap, sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh".

"Sejujurnya, memang sangat sedikit perkara yang boleh dikritik — XMAX 300 Tech MAX benar-benar memberikan pengalaman yang mengagumkan sepanjang sesi tunggangan. Jika Yamaha boleh menawarkan suspensi Öhlins sebagai pilihan tambahan, pastinya ia akan menjadikan pakej yang sudah hebat ini lebih sempurna!"

Erywan - Motoqar

Jika berkemampuan, Yamaha XMAX 300 sepatutnya menjadi pilihan skuter maksi anda. Bukan sembang, tetapi ia betul-betul 'best' dari segi prestasi dan dari tunggangan. Aspek servis atau perkhidmatan lepasan jualan juga kita tidak perlu risau kerana pihak Yamaha mempunyai banyak para pengedar di seluruh negara dan alat ganti juga mudah untuk didapati. Kualiti jentera Yamaha juga tidak perlu dipertikaikan lagi!"

Popular

  • Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Artikel berkaitan

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino

Warta Roda

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Grachaw telah melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dengan menampilkan tiga daripada Mobile Suit paling popular dalam siri itu khas buat para penunggang dan pengumpul produk-produk Gundam.