☰
Isu Terkini

Oktober 2024

29 Mac 2020

Hafizh Syahrin Kini Duta Primavalet

Jaguh motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menceburi bidang fesyen dengan memeterai perjanjian dengan pengeluar pakaian terkenal iaitu Primavalet pada Januari lalu. Menerusi kerjasama tersebut, Hafizh merupakan pelumba motosikal di Malaysia yang telah mendapat kepercayaan Primavalet untuk menggayakan dan mereka sendiri fesyen yang akan berada di pasaran kelak.

Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, terdapat lima jenis baju kurta edisi khas Hafizh Syahrin (HS) yang direka sendiri oleh pelumba muda dari Selangor ini. “Ini adalah permulaan baru buat saya dalam industri ini dan semestinya saya akan belajar dengan sebaiknya. Kerjasama ini juga memberikan saya semangat dalam persaingan musim 2020 ini dan amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan,” komen Hafizh.

Hadir menyempurnakan majlis tandatangan perjanjian tersebut ialah Pengarah Primavalet, Dr Arshad Beg Mirzaja yang turut percaya dengan kemampuan Hafizh untuk membawa nama Malaysia terus ke peringkat yang lebih tinggi dan dia sememangnya cukup sesuai kerana Primavalet mempunyai rancangan untuk menghasilkan pakaian yang sporty dan tahan lasak. Primavalet cukup sesuai dengan Hafizh yang terkenal sebagai pelumba yang memiliki semangat juang yang tinggi dan visi cukup cemerlang.

Primavalet terkenal di kalangan para pencinta dunia fesyen dan antara selebriti tanahair yang turut dipilih sebagai duta syarikat ini ialah Amyra Rosli, Amar Baharin, Aqeef Anaqi, Alif Satar, Ustaz Azhar Idrus, Janna Nick, Atikah Suhaimie dan Fikry Ibrahim. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.